Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
idtv, myfreeview

Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital myFreeview Libatkan 4 Lokasi Di Johor Dan Terengganu

Diterbitkan Jun 8, 2020 · Dikemas kini Jun 8, 2020 oleh ariff bukhari

Dari 9 hingga 16 Jun 2020.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memaklumkan bahawa akan berjalan kerja-kerja penyusunan semula frekuensi siaran TV digital myFreeview yang akan dilakukan diantara jam 1:00 pagi sehingga 6:00 pagi di 4 pemancar.

Kerja-kerja itu akan berjalan pada 9 Jun, 10, 11 dan 16 Jun 2020.

Berikut adalah senarai pemancar-pemancar yang terlibat serta tarikh kerja penyusunan frekuensi yang akan dibuat:

1. Pemancar Pelangi – 9 Jun 2020
2. Pemancar Skudai – 10 Jun 2020
3. Pemancar Gunung Pulai – 11 Jun 2020
4. Pemancar Bukit Bauk – 16 Jun 2020

Kesemua kerja-kerja penyusunan semula frekuensi pada pemancar itu akan melibatkan keseluruhan Johor Bharu, Pasir Gudang, Skudai, Johor Tengah dan Selatan, Dungun, Bukit Besi dan Ketengah.

Oleh itu, pengguna diminta pastikan dekoder atau IDTV mereka berada di dalam keadaan ‘standby mode’. Layari www.myfreeview.tv atau hubungi 1800-18-1088 untuk maklumat lanjut.

Kerja-Kerja Penyusunan Semula Frekuensi Siaran TV Digital myFreeview Libatkan 4 Lokasi Di Johor Dan Terengganu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY