Dijangka akan hadir pada suku ke-3 2020.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan, kereta terbang kedua negara yang dibangun dengan menggunakan teknologi terbaru dijangka akan membuat penerbangan sulungnya pada suku ketiga tahun hadapan.
Menurut beliau, kereta terbang yang menggunakan teknologi berbeza dari versi pertamanya itu sedang dibangunkan di Eropah. Perbincangan juga telah dilakukan dengan pembina untuk membawa kereta itu melakukan penerbangan pertamanya pada tahun depan di Malaysia.
Malah beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya telah membuat penyelarasan untuk membincangkan hala tuju dan keperluan industri mobiliti udara bersama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan juga telah dibuat bersama dengan agensi-agensi pelaksana pada 5 September lalu untuk merangka dasar, perlesenan dan garis panduan bagi memastikan kelancaran pembangunan ekosistem mobiliti udara.
Beliau turut memaklumkan, sebuah syarikat Malaysia kini berada di kedudukan ketiga dunia dalam industri mobiliti udara dan dijangka menjadi syarikat nombor satu dunia menjelang akhir tahun ini.
Menurutnya lagi, syarikat berkenaan menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya pesawat tanpa pemandu (UAV), perkhidmatan keselamatan dan risikan.
Sebelum ini pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2019 yang telah berlangsung awal tahun ini, kementerian telah mempamerkan prototaip kenderaan terbang yang dinamakan ‘Vector’.
Sumber: BERNAMA
Berkaitan
- JPDP Dan CyberSecurity Malaysia Siasat Insiden Ketirisan Data 11 Ribu Pemohon UiTM
- Papan Kekunci ASUS Menang Anugerah Tiba Di Malaysia, Berharga RM179
- ASUS Zenbook 14X OLED, Komputer Riba Premium Pertama Di Malaysia Dikuasakan Cip Intel Gen-13
- Ini Kedudukan Terbaru Capaian Internet Malaysia Di Peringkat Global
- Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab
- Lanzador, Kereta Konsep EV Sepenuhnya Dari Lamborghini
- Rakyat Malaysia Akan Menikmati Siaran TV Digital Sepenuhnya Pada 31 Oktober 2019
- TM Sekali Lagi Cemerlang Di Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021
- Malaysia Di Tangga Ke-3 Dalam Negara Asean Untuk Purata Kelajuan Muat Turun Talian Tetap Jalur Lebar
- Ini Senarai 127 Model Telefon Pintar Yang Sudah Tersedia Sokong 5G Malaysia