Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Pad X9 7

Kerajaan Jangka Industri ‘Gaming’ Akan Cecah Pendapatan Sehingga RM3.1 Bilion Tahun Ini

Diterbitkan April 19, 2024 · Dikemas kini April 19, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Digital, Gobind Singh Deo ketika berucap di perasmian Akademi Xsolla Curine di KL Eco City semalam berkata, industri ‘gaming‘ (permainan video) di Malaysia dijangka akan menjana pendapatan sebanyak US$649 juta (~RM3.1 bilion) pada 2024 ini.

Jangkaan itu selepas industri itu mencatatkan pertumbuhan di dalam negara dengan ketara sejak kebelakangan ini.

Kerajaan Jangka Industri ‘Gaming’ Akan Cecah Pendapatan Sehingga RM3.1 Bilion Tahun Ini

“Pelaburan dalam sektor kandungan digital di Malaysia telah berkembang daripada RM550 juta pada 2022, kepada RM1.6 bilion pada 2023. Dan sektor itu diunjurkan untuk menghasilkan lebih 1,900 pekerjaan berpendapatan tinggi melalui syarikat berstatus ‘Malaysia Digital’. Ini menunjukkan bahawa industri kreatif digital adalah pemacu penting pertumbuhan untuk Malaysia, dan terdapat banyak minat dalam industri.”

“Pasaran dijangka menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan yang stabil (CAGR 2024-2027) sebanyak 7.55%, menghasilkan unjuran pasaran sebanyak AS$807 juta menjelang 2027,” kata Gobind.

Beliau menambah bahawa Kementerian Digital, agensinya, dan Kerajaan Malaysia, terus komited dalam memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada industri permainan, menawarkan insentif kewangan dan rangka kerja kawal selia yang melindungi hak IP.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Kementerian Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY