Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
medac JUALAN ONLINE

Kerajaan Rancang Bangunkan Aplikasi Penjualan Dalam Talian

Diterbitkan Ogos 30, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 30, 2020 oleh Amalina Athman

Penggunaan platform e-dagang untuk membeli-belah dalam talian kini menjadi norma dalam kalangan pengguna secara global. Selain lebih banyak pilihan yang tersedia, ianya juga lebih mudah dan pantas.

Bagi kemudahan rakyat negara ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan membangunkan satu aplikasi penjualan dalam talian. Perkara ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang media yang berlangsung semalam.

Beliau berkata pihaknya dalam perancangan untuk mewujudkan sebuah aplikasi yang pada peringkat awal diberi nama Online Market. Dengan adanya aplikasi ini, ia dijangka bakal menyaingi platform sedia ada seperti Lazada, Shopee dan Alibaba. Ia berikutan platform sedia ada mengenakan caj yang lebih tinggi.

Buat masa ini, kajian terhadap pelaksanaan aplikasi berkenaan perlu dilakukan terlebih dahulu. Jika aplikasi tersebut dilancarkan kelak, ia mungkin menjadi antara platform penjualan dalam talian terbesar di negara ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kelainan atau kelebihan yang akan ditawarkan pada platform itu nanti bagi menyaingi platform sedia ada.

Sumber: BERNAMA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY