Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pusat data air_2

Kerajaan Kaji Potensi Teknologi Penyahgaraman Air Laut Untuk Industri, Termasuk Pusat Data – PETRA

Diterbitkan Ogos 5, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan sedang meneroka potensi teknologi penyahgaraman air laut sebagai salah satu sumber air alternatif bagi menyokong pembangunan industri yang mempunyai keperluan air yang tinggi, termasuk pusat data.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata pusat data tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada bekalan air terawat yang diutamakan untuk kegunaan domestik.

Sebaliknya, industri berkenaan digalakkan memanfaatkan sumber alternatif seperti Air Pulih Guna (APG), penyahgaraman air laut serta sumber bukan konvensional lain mengikut kesesuaian lokasi dan keperluan operasi.

Pendekatan ini membolehkan pembangunan industri digital diteruskan tanpa menjejaskan keutamaan bekalan air terawat untuk kegunaan rakyat.

“Walau bagaimanapun, penggunaannya perlu mengambil kira kesesuaian lokasi, keperluan tenaga, kos pengeluaran air serta daya maju ekonomi sebelum dilaksanakan pada skala yang lebih luas,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen semalam.

Bagi menyokong usaha tersebut, PETRA melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang menjalankan penyelidikan berkaitan kesesuaian teknologi penyahgaraman air laut di kawasan kepulauan serta projek pembinaan loji penyahgaraman bagi membekalkan air bersih kepada Pos Keselamatan ESSCOM di Sabah.

Hasil penyelidikan dan projek rintis ini akan menjadi asas kepada penilaian aspek teknikal, ekonomi serta kebolehlaksanaan teknologi tersebut sebelum dipertimbangkan untuk penggunaan lebih meluas, termasuk dalam sektor perindustrian.

Sementara itu, bagi memenuhi keperluan semasa pusat data, kerajaan turut menggalakkan penggunaan sumber air alternatif yang lebih ekonomik seperti APG dan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).

Ketika ini, terdapat empat loji rawatan APG di Semenanjung Malaysia yang membekalkan air kepada pusat data dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 19.5 juta liter sehari (JLH), sekali gus membantu mengurangkan penggunaan air terawat oleh sektor industri.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Pusat Data AI Rakus Tenaga Dan Sumber, Harga Sebuah Kemajuan Dan Keuntungan
  • Sunway Construction Raih Kontrak RM1 Bilion Bagi Pembangunan Pusat Data Johor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY