Langkah itu dilihat mula membuahkan hasil apabila kerajaan Jepun dikatakan bakal mengharamkan penggunaan produk buatan Huawei dan ZTE dalam urusan mereka tidak lama lagi.
Alasan bagi keputusan itu kekal sama, iaitu bagi menjamin keselematan negara. Mereka dikatakan bimbang akan serangan siber daripada produk-produk keluaran dua syarikat tersebut.
Malah, kerajaan mereka juga tidak akan lagi menggunakan produk syarikat lain yang mempunyai peralatan atau bahagian yang dikeluarkan oleh Huawei atau ZTE.
Berita ini ternyata memberi tamparan kepada kedua-dua syarikat, terutamanya Huawei. Ini kerana, disebalik kejayaan cemerlang dalam industri telefon pintar, 2018 menjadi tahun dimana mereka terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Kewangan(CFO) mereka, Meng Wanzhou ditahan di Kanada. Beliau ditahan bagi tujuan siasatan kes dakwaan pelanggaran sekatan perniagaan terhadap Iran oleh Huawei.
Nampaknya, hubungan antara US - China akan menjadi semakin renggang dengan perkembangan ini. Diharapkan semuanya dapat diselesaikan secara rundingan damai kelak.
Sumber: The National
Berkaitan
- Huawei Dilaporkan Mahu Lancarkan Televisyen 5G Pada Tahun Ini
- Huawei Sindir Apple & Samsung Berkenaan Tuduhan Sengaja Perlahankan Model Lama
- Tunggu Dulu, Kemunculan Huawei P30 Semakin Hampir- Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini
- Huawei Mahu Bangunkan Telefon Dengan Empat Kamera Utama, 10x Zoom Optikal
- Telefon Boleh Lipat Huawei Akan Diperkenalkan Pada 24 Februari Ini
- Huawei Nafi Cuba Curi Teknologi Syarikat Semikonduktor Baru Amerika
- Huawei Umumkan Barisan Model Yang Akan Menerima GPU Turbo
- Huawei Y9, Satu Lagi Fon Bawah RM1,000 Yang Buat Tulang Rusuk Bergetar
- Huawei Dijangka Perkenalkan Dua Variasi Baru Bagi Peranti P20 Pro Hujung Bulan Ini
- Huawei P30 Sah Akan Diperkenalkan Secara Rasmi Di Paris Pada Mac Ini