Menurut laporan Wall Street Journal via The Verge, pihak Pentagon telah pun mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil dari negara seperti Itali, Jepun dan Jerman bagi menyuarakan pendirian mereka ini.
Malah, mereka juga dikatakan bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan bagi mana-mana negara sekutu yang bersetuju untuk berhenti menggunakan produk keluaran Huawei dan menggantikannya dengan produk-produk dari pembekal lain.
Ini bukanlah kali pertama kerajaan Amerika bertindak sedemikian kepada Huawei. Sebelum ini, mereka telah menghalang peniaga di kem-kem tentera untuk menjual telefon berjenama Huawei di kedai-kedai mereka.
Selain Huawei, sebuah lagi syarikat dari China iaitu ZTE juga pernah menerima penentangan yang sama dari kerajaan Amerika. Namun, sekatan bagi ZTE telah ditarik balik pada pertengahan tahun lalu.
Nampaknya, kerajaan Amerika Syarikat sangat memandang serius mengenai perkara ini. Diharapkan agar kedua-dua belah pihak dapat mencari penyelesaian terbaik sekaligus membawa keluar anasir politik dari industri teknologi terutamanya telefon pintar.
Sumber: Wall Street Journal via The Verge
Berkaitan
- Huawei Kini Berada Dalam Senarai 10 Jenama Utama YouGov BrandIndex
- Huawei Tawarkan Pelbagai Tema Baharu Berinspirasikan Malaysia Untuk Peranti Mereka
- Peranti Kelas Permulaan Terbaik Huawei Bakal Dilancarkan Pada 11.11 Ini
- Huawei Mate 20 Kini Rasmi - Peranti Pertama Dengan Kirin 980, Sokongan NanoSD & Takuk Kecil
- Peranti Boleh Lipat Huawei Akan Diperkenalkan 2 Hari Lagi
- GoPro Umum Kerjasama Dengan Huawei Untuk Aplikasi Suntingan Video
- Huawei Sedang Bangunkan HiSilicon Kirin 710 Bagi Saingi Qualcomm Snapdragon 710
- Huawei Mahu Atasi Samsung Untuk Muncul Pengeluar Telefon Nombor Satu Dunia Pada Tahun Ini
- Huawei Histen 5.0 Bantu Anda Mendapatkan Pengalaman Muzik Hebat Ketika Melancong
- Honor Magic 2 Merupakan Hasil Gabungan Huawei P20 Pro Dan Mate 20 Pro