Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kenderaan Persendirian Hanya Boleh Dinaiki Sehingga 4 Orang Sahaja Pada Satu-Satu Masa

Kenderaan Persendirian Hanya Boleh Dinaiki Sehingga 4 Orang Sahaja Pada Satu-Satu Masa

Diterbitkan Mei 3, 2020 · Dikemas kini Mei 4, 2020 oleh ariff bukhari

Dikemas kini.

Hanya dari ahli keluarga dan rumah yang sama.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan bahawa jumlah penumpang yang dibenarkan di dalam sesebuah kenderaan untuk pergerakan  adalah seramai 4 orang sahaja (maksimum).

“…kerajaan memutuskan untuk membenarkan, untuk kenderaan persendirian, membenarkan maksimum 4 orang dalam setiap kenderaan, tetapi mestilah dari keluarga yang sama, dari rumah yang sama”. Ismail Sabri Yaakob

Beliau juga dalam sidang media yang berlangsung hari ini menyatakan bahawa kenderaan itu juga tidak dibenarkan menumpangkan kawan atau individu lain.

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa SOP ini mestilah dipatuhi. Kepada sesiapa yang melanggar SOP yang ditetapkan ini, mereka akan dikenakan tindakan.

Malah kemudahan pengangkutan awam juga hanya membawa separuh penumpang sahaja daripada kapasiti penuhnya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY