Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kenapa Guna Nama Galaxy S20 Dan Bukannya S11? Ini Jawapan Diberikan Samsung

Kenapa Guna Nama Galaxy S20 Dan Bukannya S11? Ini Jawapan Diberikan Samsung

Diterbitkan Februari 14, 2020 oleh Helmi Samsuri

Penantian peminat siri Galaxy S sudahpun berakhir dua hari lalu dimana model terbaru Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra telahpun selamat dilancarkan. Pra-tempahan untuk pasaran Malaysia juga dibuka pada hari yang sama dengan tiga model ditawarkan pada harga bermula RM3599 sehingga RM4999.

Siri Galaxy S pertama kali hadir 10 tahun yang lalu dan sejak itu, setiap model membawa nama menggunakan turutan angka. Galaxy S, S2,S3, S4, S5, S6 (Edge), S7 (Edge), S8, S9 dan S10. Sehinggalah yang terbaru ini, ia bertukar kepada S20. Apakah signifikan kepada perubahan nama ini? Adakah kerana dilancarkan pada tahun 2020?

Samsung menerusi Ketua Pemasaran Produk Mudah Alih, Denny Galant menyatakan bahawa siri terbaru ini mempunyai sejumlah teknologi yang lebih kehadapan.

Ia bukan sekadar membandingkannya dengan model terdahulu seperti S10 dan Galaxy Note 10, malah kepada teknologi yang ditawarkan pada pasaran ketika ini. Oleh kerana “lompatan teknologi” tersebut nama S20 dipilih, menggambarkan sebuah peranti yang dimuatkan dengan sejumlah inovasi terbaik.

Antara ciri yang mendapat perhatian pastinya kemampuan zoom sehingga 100x, rakaman video 8K, penggunaan RAM LPDDR5 dan lain-lain lagi spesifikasi terbaik.

Sumber: Liputan 6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY