Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kembalikan Bacaan Sebenar Meter Bateri Laptop Yang Kerap Kehabisan Kuasa Dengan Cara Kalibrasi

Kembalikan Bacaan Sebenar Meter Bateri Laptop Yang Kerap Kehabisan Kuasa Dengan Cara Kalibrasi

Diterbitkan Ogos 12, 2017 · Dikemas kini Ogos 16, 2017 oleh Helmi Samsuri

Pernahkah anda mengalami bateri laptop kehabisan kuasa walaupun baru beberapa ketika yang lalu anda mengecasnya sehingga penuh?

Adakala penanda bateri memaparkan kuasa bateri di tahap 20% tetapi secara tiba-tiba ia terpadam kerana kehabisan kuasa.

Hal ini boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor seperti…

  • haba,
  • usia laptop dan
  • cara anda menggunakannya.

Terdapat cara yang mungkin dapat membantu anda menyelesaikan masalah tersebut dan mampu mengembalikan bacaan bateri yang sebenar.

Caranya adalah dengan membuat kalibrasi (calibration) terhadap bateri melalui dua cara iaitu…

  1. secara manual atau
  2. menerusi BIOS.

Untuk kali ini, kita belajar terlebih dahulu kalibrasi bateri laptop secara manual. Ikuti langkah berikut:

1. Cas penuh bateri anda sehingga 100% dan biarkan ia “rehat” selama lebih kurang 2 jam, tetapi jangan tanggalkan pengecas. Tinggalkan laptop sambil bersambung dengan elektrik.

2. Selepas itu, buka Control Panel > Power Options, tetapkan dahulu seperti dibawah. Pilih “Never”

Kembalikan Bacaan Sebenar Meter Bateri Laptop Yang Kerap Kehabisan Kuasa Dengan Cara Kalibrasi

 

gmWPmLj (1)

3. Kemudian klik “Choose when to turn off the display” di bahagian kiri anda.

 

Kembalikan Bacaan Sebenar Meter Bateri Laptop Yang Kerap Kehabisan Kuasa Dengan Cara Kalibrasi

gmWPmLj (1)

4. Halaman di bawah akan terpapar dan pilih “Change advance power settings”

Kembalikan Bacaan Sebenar Meter Bateri Laptop Yang Kerap Kehabisan Kuasa Dengan Cara Kalibrasi

5. Kotak Power Options akan terpapar dan pilih Battery

  • Klik pada “Critical Battery Action” dan tetapkan kepada “Hibernate“
  • Klik pada ” Critical Battery Level” dan tetapkan kepada “5%”

Kembalikan Bacaan Sebenar Meter Bateri Laptop Yang Kerap Kehabisan Kuasa Dengan Cara Kalibrasi

6. Cabut plug dan biarkan laptop anda kehabisan kuasa(ketika ini anda boleh gunakan laptop) dan hibernate dengan sendirinya. Pastikan laptop tidak hibernate/sleep/mati secara automatik kerana kita ingin ia hibernate dengan sendirinya di tahap 5%.

7. Setelah itu, biarkan laptop anda selama 5 jam sehingga ia mati dengan sendirinya (shutdown).

8. Pasang semula pengecas dan cas penuh bateri sehingga 100%. Bateri anda kini kembali pada prestasi yang sebenar.

9. Anda bolehlah ubah semula tetapan mengikut cara penggunaan anda, seperti contoh dibawah.

Kembalikan Bacaan Sebenar Meter Bateri Laptop Yang Kerap Kehabisan Kuasa Dengan Cara Kalibrasi

Selamat mencuba.

Baca juga – Mengapa Bateri Laptop Kerap Kehabisan Kuasa?

Sumber: Hewlett Packard

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY