Mengapa Bateri Laptop Kerap Kehabisan Kuasa?

Ketika bekerja di luar dari pejabat, perkara yang dirisaukan sekali adalah kehabisan bateri laptop.

Pernahkah anda terfikir apa yang membuatkan bateri anda terlalu cepat kehabisan kuasa?

Paparan skrin, ya paparan skrin merupakan ciri yang banyak menggunakan kuasa dari bateri laptop anda.

Untuk lebih mudah difahami, tenaga yang besar perlu disalurkan untuk meyalakan paparan laptop. Semakin terang paparan skrin, semakin banyak tenaga diperlukan.

Sudah pasti cara terbaik untuk meningkatkan kuasa bateri laptop adalah dengan cara merendahkan cahaya paparan.

Bagi platform Windows 10 atau Mac OS, tetapan cahaya paparan boleh dilakukan melalui menekan beberapa butang papan kekunci.

Tetapi anda juga mampu menetapkan ia secara automatik dengan cara-cara berikut:

Mac OS

os-x-energy-saver
• Buka System Preferences dan klik pada Display
• Pada Display Tab, terdapat pengukur Brightness, tetapkan ia supaya tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap.

Bukan sahaja ia dapat meningkatkan penggunaan serta jangka hayat bateri, ia juga dapat memelihara mata anda dari terdedah kepada cahaya yang terlampau terang.

Dibawah pengukur cahaya terdapat pilihan untuk menetapkan kecerahan secara automatik. Pilih jika anda sering bertukar-tukar tempat dari kawasan gelap atau terang.

Terdapat juga tetapan lain yang berkaitan dengan penggunaan kuasa bateri iaitu, Energy Saver.

Dengan memilih Energy Saver, paparan skrin akan bertukar sedikit malap sekiranya laptop bersambung dengan plug.

Membiarkan laptop menyala tanpa digunakan antara faktor penyumbang kepada bateri berkurang dengan pantas.

Ciri Energy Saver juga boleh menetapkan waktu “tidur” komputer serta waktu memadamkan paparan.

Windows 10

batt-saver-win-10

Untuk tetapan cahaya pada Windows 10, pergi ke
• Control Panel > Hardware and Sound > Hardware Option
• Pilih Balanced atau Power Saver Plan

Gunakan High Performance Plan jika mahu bermain permainan yang memerlukan grafik yang tinggi.
Windows 10 turut mempunyai tetapan tambahan bagi penjimatan kuasa dan paparan.
• Tekan butan Home,
• Pilih Settings pada penjuru kiri,
• Pilih System

Pada menu disebelah kiri, tekan Display dan anda lihat pengukur untuk mengubah tahap kecerahan.

Kemudian tekan Battery pada menu sebelah kiri. Pilih Battery Saver, selepas itu fungsi Battery Saver akan diaktifkan jika bateri mencapai jangka hayat yang telah ditetapkan.

Ciri Battery Saver merupakan ciri baru yang diperkenal pada Windows 10, berfungsi mengehadkan proses belakang tabir untuk meningkatkan kuasa bateri.

Langkah terakhir adalah, tekan Power and Sleep untuk menetapkan waktu paparan dipadamkan. Dengan itu, kuasa bateri mampu dijimatkan andai kata anda terlupa untuk memadamkannya.

Papan kekunci yang bercahaya juga salah satu penyebab tenaga bateri cepat kehabisan. Jadi tutupkan lampu LED tersebut jika anda tidak memerlukannya.

Lain-lain fungsi yang boleh dimatikan jika ingin menjimatkan bateri adalah:
Tutup sambungan WiFi dan Bluetooth
Cabut peranti yang bersambung dengan laptop kerana ia turut menggunakan kuasa bateri laptop.

Sekiranya anda mempunyai cara atau kaedah lain untuk menjimatkan penggunaan bateri bolehlah berkongsi diruangan komen.

Rujukan: Cnet