Kemaskini Terbaru iOS 12.1.4 & macOS Mojave 10.14.3 Sedia Untuk Dimuat Turun, Selesaikan Masalah Pepijat FaceTime

Apple telah pun menyediakan kemaskini iOS 12.1.4 dan macOS Mojave 10.14.3 bagi menyelesaikan masalah pepijat FaceTime berkumpulan yang dihadapi sebelum ini.

Pepijat tersebut menyebabkan video dan audio dapat dilihat oleh pemanggil walaupun panggilan video FaceTime yang dibuat masih belum dijawab.



Kemaskini ini boleh dimuat-turun dengan saiz 305MB bagi sistem iOS 12.1.4 manakala macOS Mojave 10.14.3 pula bersaiz sebesar 1.85GB. 

Dengan memuat-turun kemaskini ini, anda akan dapat menggunakan kembali fungsi FaceTime yang telah dibawa keluar sebelum ini.