Alternatif iPhone 7: 4 Telefon Pintar Android Terbaik Setakat Ini





Harini Wisermy akan mengupas tentang telefon Android terbaik pada ketika ini. Mungkin ramai penggemar Android sediri selalu berhadapan dengan pengguna iPhone yang selalu mengatakan merekalah yang terbaik. Semenjak pelancaran iPhone 7 dan iPhone 7 Plus beberapa minggu lepas, ramai bertanyakan kepada Wisermy mampukah Android bersaing dengan peranti baru Apple ketika ini? 



Jawapan kami, YA. Sebenarnya untuk membandingkan Android dan iPhone adalah seperti membezakan buah oren dan epal. Dua rasa yang berbeza, tapi kedua duanya mempunyai khasiat yang tersendiri. Ianya terpulang kepada citarasa, gaya hidup pengguna itu sendiri. Jadi, tidak semestinya iPhone adalah peranti paling advance ketika ini. Android telah datang dengan peranti kalis air dua tahun lepas yang sudah, berbanding iPhone.



Jadi, dalam membincangkan telefon Android yang terbaik setakat ini, sudah semestinya Wisermy akan meletakkan beberapa 'requirement'. Requirement yang diletakan juga adalah merujuk kepada iPhone 7 yang dikatakan peranti 'paling' advance ketika ini.



Memory: 

iPhone 7 sendiri hanya mempunyai 2GB RAM. Tetapi kedua-duanya memiliki cipset A10 Fusion. Jadi kami mahukan peranti Android yang mempunyai storan dalaman yang sekurang-kurangnya mempunyai 32 GB ke atas dan dikuasi dengan 2.23 GHz dan mempunyai RAM sekurang kurangnya 3 GB untuk layak bertanding dengan iPhone 7.



Kamera: 

Kelebihan dwi-lensa di kamera belakang iPhone 7 Plus memberikan kualiti gambar bertaraf DSLR yang sukar ditandingi. iPhone 7 Plus memiliki dua 12 Mega-pixel kamera, 28mm, f/1.8, OIS & 56mm, f/2.8), phase detection autofocus, 2x optical zoom, quad-LED (dual tone) dan keupayaan low-light yang agak tinggi. Sukar untuk ditandingi buat ketika ini.



Prestasi: 

A10 Fusion quad-core CPU adalah 40 kali ganda lagi laju daripada A9. Ianya juga meningkatkan lagi jangka hayat bateri. Kualiti pembesar suara juga di tambah baik. Mengikut Apple, A10 adalah cip yang paling terbaik setakat ini. Wisermy tidak bersetuju sepenuhnya. Kapasiti baterinya juga yang agak kecil iaitu 2800 mAh berbanding peranti Android yang lain.



OS:

Iphone 7 akan memiliki sistem operasi iOS 10 yang agak power ketika ini. Agak sukar untuk ditandingi.



Harga: 

Harga paling rendah iPhone 7 32GB adalah RM 3199. Mudah! 





1. LG V20









Dalam diam diam, LG melancarkan model V20 sehari sebelum iPhone 7. LG V20 mempunyai dua paparan, penambahan skrin jalur di bahagian atas sama seperti model sebelumnya V10. LG V20 juga adalah peranti pertama tampil dengan Android 7.0 Nougat. Ianya mempunyai paparan skrin berukuran 5.7 inci dengan resolusi 1440 x 2560. 



Ianya juga memiliki dwi-kamera belakang dengan 16 Mega-pixel, f/1.8 & 8 Mega-pixel, f/2.4, laser & phase detection autofocus, 2x optical zoom, OIS, dan dual-LED flash. Keupayaan kamera yang dengan mudah menakluki takhta kamera telefon pintar. Cuma iPhone 7 Plus lebih gemilang dengan keupayaan gambar 'low-light' ketika ini.



LG V20 akan memiliki kapasiti bateri sebanyak 3200 mAh. Cukup besar untuk menang mudah dengan kapasiti bateri dari iPhone 7. Cuma LG V20 tidak mempunyai ciri kalis air (IP Certified), tetapi masih mampu bertahan pada hari hujan biasa.



Harganya pula adalah sekitar RM 2799, murah sedikit berbanding iPhone 7. Namun, LG V20 menggunakan Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820 yang sedikit kurang berbanding A10. Cuma dengan RAM 4GB dan Quad-core (2x2.15 GHz Kryo & 2x1.6 GHz Kryo), boleh dikatakan LG V20 adalah setanding iPhone 7.



2.Samsung Galaxy S7 Edge







Jikalau Note 7 tidak meletup, ianya dengan mudah akan menjadi pesaing utama iPhone 7. Oleh kerana itu, Wisermy memilih Samsung S7 Edge. Peranti dari Samsung ini mempunyai RAM sebesar 4GB dan memiliki resolusi paparan skrin 1440 x 24560 sama seperti LG V20, kedua-duanya menang dengan iPhone 7. 



Dari segi kameranya pula, S7 Edge mempunyai 12 Mega-pixel tetapi tidak mempunyai dwi-kamera. Namun kamera Samsung S7 Edge masih memiliki kamera yang cantik dengan 12 MP, f/1.7, 26mm, phase detection autofocus, OIS dan LED flash. Galaxy S7 Edge juga mempunyai ciri kalis air.



Storan dalaman bermula pada 32GB dan boleh ditukar dengan menggunakan port MicroSD. Ianya mempunyai 2.40 GHz octa-core Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820 berbanding Iphone 7 dengan hanya memiliki CPU quad-core, memastikan Samsung menakluki takhta kelajuan dari segi 'multi-tasking'.



Dari segi bateri pula, Samsung S7 Edge memiliki saiz bateri sebanyak 3600 mAh (non-removable). dan memiliki ciri (Quick Charge 2.0). Sekali lagi dengan mudah iPhone 7 dikalahkan.



Harga Samsung S7 Edge adalah sekitar RM 3099. Lebih kurang harganya dengan iPhone 7.



3.OnePlus 3







Walaupun hanya Samsung S7 Edge dan LG V20 yang dapat menandingi iPhone 7, pilihan flagship Wisermy adalah OnePlus 3. Dengan kamera 16 Mega-pixel, f/2.0, phase detection autofocus, OIS, dan LED flash. Agak biasa jika dibandingkan dengan iPhone 7 Plus atau LG V20.



Yang menariknya, peranti dari OnePlus ini mempunyai RAM sebesar 6GB yang memberi OnePlus 3 kelebihan ketara berbanding iPhone, LG V20 dan Samsung S7 Edge. OnePlus 3 dibina dengan Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820 dengan Quad-core (2x2.15 GHz Kryo & 2x1.6 GHz Kryo). Mempunyai kelebihan yang lebih kurang sama dengan Samsung S7 Edge dan LG V20.



OnePlus 3 memiliki bateri 3000 mAh (non-removable). Masih dapat mengalahkan iPhone 7. Resolusi paparan skrin adalah sebanyak 1080 x 1920 pixel. Sedikit kurang jika dibandingkan dengan  LG V20, S7 Edge dan iPhone 7.



OnePlus 3 tidak mempunyai pengesahan Ingress Protection (IP), namun ianya mempunyai kebolehan untuk kalis air dan debu yang biasa. OnePlus 3 masih mampu bertahan untuk kegunaan sewaktu hari hujan atau poket basah,



Harga OnePlus 3 adalah RM 1888. Jauh lebih murah dari iPhone 7, S7 Edge dan LG V20.



4. HTC 10







Dengan resolusi paparan 1440 x 2560 pixel, RAM sebesar 4GB dan cipset Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820 dengan Dual-core 2.15 GHz, HTC 10 layak disenaraikan antara peranti Android terbaik setakat ini.



HTC 10 mempunyai kamera 12 Mega-pixel, f/1.8, 26mm, OIS, laser autofocus, dual-LED (dual tone) flash, setanding dengan S7 Edge dan OnePlus 3.



HTC 10 dibina dengan kapasiti bateri 3000 mAh dan berharga RM 2799.



Nota Ringkas: Dan yang paling penting, kesemua telefon Android di atas memiliki headphone jack!