Firma itu tersebut mendedahkan kelemahan sekuriti yang sering kali ditemui adalah penyimpanan data yang tidak selamat. Pada Android, dikatakan terdapat 43% aplikasi-aplikasi yang mempunyai tahap keselamatan yang rendah. Jumlah itu lebih tinggi dari aplikasi-aplikasi pada iOS iaitu sebanyak 35%.
Hasil dari ujian yang dibuat, jumlah keseluruhan aplikasi-aplikasi yang tidak selamat pada kedua sistem operasi adalah sebanyak 76%.
Tidak selamat dalam ayat yang lain adalah aplikasi-aplikasi terbabit dikatakan menyimpan data-data pengguna, termasuk kata laluan dan menyimpan butiran-butiran perbankan atau maklumat kewangan.
Apa yang lebih membimbangkan, penggodam-penggodam menyasarkan pada pengguna yang telah root atau jailbreak peranti mereka.
Apabila virus atau perisian hasad (malware) telah dipasang pada peranti mangsa, ia akan meminta 'kebenaran' dari pengguna didalam sesuatu aplikasi. Melalui cara ini, aplikasi 'berniat jahat' dapat mengakses data pengguna dan menghantar kepada penggodam.
Masalah utama yang mendorong kepada isu ini adalah pihak pembangun mencipta aplikasi mereka pada tahap keselamatan yang rendah.
Oleh itu, pihak Google akan mengenakan polisi dengan menganalisa dan membuang aplikasi yang meminta kebenaran tidak relevan dari fungsi utama aplikasi sebelum diterbitkan pada Google Play Store.
Walaupun sebahagian daripada kita tidak pernah terlibat dalam isu ini, tetapi Ketua Ketahanan Keselamatan di Positive Technologies menyarankan pengguna supaya meneliti dahulu sebelum membenarkan apa-apa permintaan pada sesuatu aplikasi.
Sumber: Android Headlines, Tech Radar
Berkaitan
- Movado Berkerjasama Dengan Google Untuk Memperkenalkan Jam Pintar Mereka Sendiri
- Samsung Galaxy Note 9, Peranti Android Pertama Menerima Permainan Fortnite Versi Mobile
- Aplikasi PhotoScan Dari Google Ini Tidak Sehebat Yang Dijangka
- Aplikasi Selfie Dari Microsoft Kini Tampil Untuk Android
- Google Menampilkan Google Wifi Semasa Google Event Hari Ini
- Kemaskini Terbaru Apple Music Untuk Android Mempamerkan Rekaan Baru
- Google Pixel 3 Mungkin Bakal Diperkenalkan Pada 9 Oktober Ini
- Facebook Akhirnya Tampilkan Aplikasi Events Untuk Android
- Aplikasi Google Duo Telah Mencecah 10 Juta Muat Turun
- Samsung Galaxy Note 9 Dikatakan Lebih Pantas Berbanding iPhone X