Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 8 Mungkin Bertukar Nama Di Saat Akhir Menjelang Pelancaran 12 September Ini

iPhone 8 Mungkin Bertukar Nama Di Saat Akhir Menjelang Pelancaran 12 September Ini

Diterbitkan September 5, 2017 ยท Dikemas kini September 5, 2017 oleh Haikel Areff

Dengan pengumuman iPhone baru iaitu pada 12 September ini semakin menghampiri kita, muncul lagi satu spekulasi dimana Apple mungkin akan menukar nama iPhone 8 di saat akhir.

Ramai yang menjangkakan Apple bakal menamakan model baru dengan nama ‘iPhone 8’, ‘iPhone 7S’ dan ‘iPhone 7S Plus’. Namun menurut satu laman dari Belanda, iCulture, Apple mungkin menamakan iPhone seterusnya dengan nama ‘iPhone X’.

iPhone 8 Mungkin Bertukar Nama Di Saat Akhir Menjelang Pelancaran 12 September Ini

‘X’ seperti yang diketahui umum merupakan nombor 10 dalam bahasa roman. Apple mungkin menggunakan nama ‘X’ ini bersempena ulang tahun iPhone yang ke-10. iPhone pertama kali diperkenalkan pada dunia pada tahun 2007.

Menurut iCulture lagi, iPhone 7S juga akan dijenamakan kepada iPhone 8 manakala iPhone 7S Plus akan diberi nama iPhone 8 Plus.

Namun lain pula kata 9to5Mac, menurut mereka Apple mungkin akan memberi nama ‘iPhone Edition’ tetapi mereka bersetuju dua model lagi akan dinamakan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

iPhone 8 Mungkin Bertukar Nama Di Saat Akhir Menjelang Pelancaran 12 September Ini

Spekulasi tentang iPhone X dan iPhone Edition ini bukanlah asing lagi buat penggemar yang mengikuti perkembangan iPhone. Sejak daripada awal tahun lagi ramai yang bergosip tentang nama model iPhone baru tahun ini. Sama-sama kita saksikan minggu hadapan.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY