Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja Australia Berjaya Curi 90-Gigabait Data Daripada Pelayan Apple

Remaja Australia Berjaya Curi 90-Gigabait Data Daripada Pelayan Apple

Diterbitkan Ogos 17, 2018 oleh Haikel Areff

Apple terkenal dengan ciri-ciri keselamatan pada setiap perantinya. Ia terlalu selamat sehinggakan agensi terkemuka Amerika, CIA juga tidak berjaya dalam menggodam peranti iPhone keluaran mereka.

Namun, hakikatnya mereka telah gagal dalam menyediakan perlindungan terbaik bagi sistem pelayan mereka sendiri. Ia dibuktikan apabila seorang pelajar dari Australia telah ditahan akibat menggodam dan mencuri sejumlah 90 GB data daripada pelayan Apple.

Remaja Australia Berjaya Curi 90-Gigabait Data Daripada Pelayan Apple

Dia dikatakan telah menceroboh masuk ke dalam pelayan Apple beberapa kali sepanjang tahun ini melalui ‘pintu belakang’ yang dibangunkannya sendiri. Segala data yang digodam telah disimpan dalam satu fail di komputernya, yang dinamakan ‘hacky hack hack’. 

Satu tindakan yang kurang bijak daripada seorang penggodam. Semasa tangkapan dibuat, pihak polis turut merampas dua buah komputer peribadi, sebuah telefon pintar serta satu cakera keras.

Tertuduh dikatakan melakukannya sekadar suka-suka dan kerana mengimpikan untuk bekerja di syarikat teknologi Amerika berkenaan. Dia membuat pengakuan salah ketika ditangkap, namun keputusan undang-undang kepadanya hanya akan diketahui bulan depan.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY