Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini iOS 14.4 Dilepaskan Dengan Baik Pulih Kerentanan Yang Mungkin Dieksploitasi Secara Aktif

Kemaskini iOS 14.4 Dilepaskan Dengan Baik Pulih Kerentanan Yang Mungkin Dieksploitasi Secara Aktif

Diterbitkan Januari 27, 2021 · Dikemas kini Januari 27, 2021 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah melepaskan kemas kini iOS 14.4 dan iPadOS 14.4, dengan baik pulih keselamatan bagi kerentanan yang mungkin dieksploitasi secara aktif oleh penggodam.

Di bawah kemas kini Kernel (teras bagi sistem operasi) dalam dokumen sokongan keselamatan, Apple menyatakan,

“A malicious application may be able to elevate privileges. Apple is aware of a report that this issue may have been actively exploited.”

Sementara itu, di bawah kemas kini Webkit, enjin carian yang digunakan pada pelayar Safari, Apple menyatakan “penyerang jarak jauh mungkin dapat menyebabkan pelaksanaan kod sewenang-wenangnya”.

Dengan itu, pengguna disarankan untuk mengemaskini peranti dengan iOS 14.4 dan iPadOS 14.4 secepat yang mungkin. Ini kerana, dalam erti yang mudah difahami, Apple telah menjumpai kelemahan keselamatan dalam sistem operasinya. Ia juga mempunyai bukti seseorang mungkin telah mengeksploitasi kelemahan keselamatan itu.

Buat masa ini, tiada butiran lanjut yang didedahkan. Apple menyatakan perincian mengenai kerentanan itu akan dikemaskini tidak lama lagi, namun tiada tarikh spesifik yang dimaklumkan.

Untuk kemas kini iOS 14.4, ianya boleh dilakukan melalui aplikasi Settings > General > Software Update > Download and Install.

Sumber: Apple via Techcrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY