Pengumuman tentang kemaskini tersebut dibuat di Blog rasmi Google, dan mereka menyatakan yang kemaskini Chrome 56 (56.0.2924.87) itu boleh mula dimuat turun di Google PlayStore bermula pada minggu hadapan. Antara penambahan yang dibuat adalah akses mudah bagi memuat turun fail dan menyimpan laman web. Jika anda menyentuh lama pada artikel, ia akan mencadangkan anda untuk memuat turunnya ke dalam telefon pintar dan di digunakan secara luar talian. Fungsi Sentuh dan Cari juga telah dipertingkatkan supaya lebih pantas dalam menghasilkan pencarian.
Selain itu, kemaskini dari Google ini membolehkan anda mengakses email, alamat dan nombor telefon yang terpapar pada laman web secara mudah dan pantas dengan hanya menyentuh pada maklumat tersebut. Google juga dengan yakin menyatakan refresh laman web 28% kali lebih pantas disamping menggunakan kuasa serta bandwidth yang sedikit.
Sumber: Google Blog
Berkaitan
- Terjemah Bahasa Hanya Menggunakan Kamera Telefon Pintar
- YES 4G Maklumkan Gangguan Perkhidmatan Di Beberapa Kawasan
- Foto Ini Didakwa Samsung Galaxy Note 7 'Refurbished'
- Kelajuan Internet Jalur Lebar Tetap Malaysia Dikedudukan ke-26 Manakala Internet Mudah Alih Ditangga ke-76
- Xiaomi Mi 9 Dilapor Muncul Pada Laman Pensijilan Singapura
- Asas Kepada Rangkaian 5G Malaysia Bakal Dibangunkan Celcom Dan Ericsson
- Microsoft Office 2019 Hanya Boleh Beroperasi Pada Windows 10 Sahaja
- Senarai Telefon Pintar Yang Akan Dapat Kemaskini Android 9 Pie
- Xiaomi Perkenal Mi A2 Di Acara Yang Berlangsung Di Madrid
- Xiaomi Lancar Mi Powerbank 2 Dilengkapi Dengan USB Type-C