Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Beta Bagi Mod Zombi PUBG Mobile Kini Tersedia

Kemaskini Beta Bagi Mod Zombi PUBG Mobile Kini Tersedia

Diterbitkan Januari 27, 2019 oleh Haikel Areff

Setelah beberapa minggu dihidangkan dengan ura-ura kehadiran “mod zombi” dalam permainan PUBG Mobile, ia kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Ini kerana ujian beta bagi kemaskini 0.11.0 PUBG Mobile dengan mod Zombi telah pun tersedia untuk dimuat turun.

Mod Sunset(nama rasmi mod zombi) ini sedikit berbeza dengan mod-mod sebelum ini apabila satu pusingan permainan hanya akan disertai oleh 60 orang pemain sahaja. 40 lagi slot akan dipenuhi dengan zombi.

Kemaskini Beta Bagi Mod Zombi PUBG Mobile Kini Tersedia
Technotification

Menariknya, ia turut mempunyai Boss Zombi di mana sekiranya pemain berjaya membunuhnya, barangan loot yang ditawarkan adalah lebih banyak.

Selain itu, ia juga akan mengalami perubahan masa siang dan malam. Zombi akan muncul dengan lebih banyak pada waktu malam, sekaligus menjadikan tempoh waktu itu lebih sukar untuk dihadapi para pemain.

Panda – Pubg Mobile

Malah, senjata baru seperti gatling gun dan flamethrower juga dikatakan akan dibawa masuk bagi kemaskini baru nanti.

Mod baharu ini dibangunkan dengan kerjasama pembangun permainan menembak zombi terkenal Resident Evil 2, Capcom sempena pelancaran versi remake permainan berkenaan baru-baru ini.

 

Sumber: Fox Sports Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY