Kemaskini 19H1 - 7 Ciri Dan Pembaharuan Yang Akan Tampil Pada Windows 10

Rasanya semua sudah maklum tentang penamatan sokongan kemaskini tambahan bagi Windows 7 yang hanya berbaki kurang satu tahun sahaja lagi.

Hal ini untuk memastikan pengguna beralih kepada Windows 10 yang diperlengkapkan dengan pelbagai ciri dan kemaskini terkini.

Bakal menambah kepada ciri sedia ada, Microsoft akan membawakan 7 ciri serta pembaharuan untuk Windows 10.

1. Mod cahaya baru



Satu mod cahaya baru akan hadir, memudahkan penguna menukar warna taskbar dari gelap kepada warna yang lebih terang.

Jika anda membeli komputer versi Windows 10 Homeyang siap terpasang dengan Windows 10 19H1, mod cahaya ini ditetapkan secara default.

Sementara itu, bagi versi Pro dan Enterprise, tetapan default adalah pada mod gelap.

2. Susun atur bahagian Start yang lebih ringkas



Selain dari mod pertukaran warna Taskbar, bahagian Start turut dikemaskini untuk tampilan yang lebih kemas dan ringkas.

3. Lebih banyak Fluent Design



Sistem Fluent Design telah dibangunkan sejak  2017 lagi. Melaluinya, beberapa elemen sistem akan menampilkan kesan bayangan seperti pada menu konteks dan paparan pop-up.

Microsoft turut menambah kesan acrylic pada skrin log masuk, menjadikannya lebih kelihatan modern dan kemas.

4. Perkemas Action Center



Penggunaan pada bahagian Action Center untuk mudah diubah serta menyertakan pelaras kecerahan didalam ruangan tersebut.

5. Windows Sandbox



Satu fungsi baru yang ditambah adalah Windows Sandbox. Hanya ditawarkan pada versi Windows 10 Pro dan Enterprise, ia menyasarkan kepada pengguna advanced.

Pengguna boleh menjalankan sesuatu program secara maya (virtual), dengan itu jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, ia tidak akan menjejaskan keseluruhan sistem komputer.

6. Kemaskini Windows Update



Melalui kemaskini 19H1, Windows Update akan mempunyai keupayaan untuk pause kemaskini yang diterima selama 7 hari. Ciri ini sudah ada pada versi Pro.

Terdapat juga ciri Intelligent Actice Hours. Sebelum ini, jika pengguna tidak mahu diganggu Windows Update, pengguna perlu menetapkan Active Hours seperti contoh dari pukul 8 pagi hingga 8 malam. Selepas jam 8 malam barulah Windows Update akan bekerja memasang kemaskini baru.

Tetapi mungkin ada hari yang anda perlu menggunakan komputer selepas 8 malam, ciri baru ini akan mengubah Active Hours supaya kemaskini yang menunggu giliran untuk dipasang itu tidak akan dipasang ketika anda sedang menggunakan komputer.

Selain itu, paparan Windows Update juga diperkemaskan lagi.

7. Hub bagi aplikasi Office



Windows 10 sedia terpasang dengan aplikasi dari Office dan ia bakal hadir dengan wajah baru. Kemaskini lebih menitikberatkan akses kepada recent document dan aplikasi Office web. Buka paparan recent document atau membuka dokumen baru akan lebih mudah.

Sumber: Windows Central