Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows 10X

Proses Kemas Kini Windows 10X Hanya Memakan Masa Kurang Dari 90 Saat Sahaja

Diterbitkan Februari 13, 2020 · Dikemas kini Februari 13, 2020 oleh ariff bukhari

Microsoft menambah baik ciri kemas kini Windows pada sistem operasi terbaru Windows 10X.

Microsoft telah pun perkenalkan sistem operasi terbaru Windows 10X pada Oktober 2019 lalu. Sistem operasi yang masih di dalam peringkat pembangunan itu direka khusus untuk digunakan pada peranti skrin berkembar seperti ‘Surface Neo’.

Microsoft ketika memperkenalkan Windows 10X mendakwa sistem tersebut akan membolehkan penggunanya menggunakan kedua-dua skrin bagi melakukan interaksi, tugasan dan pelbagai tugasan secara serentak dengan lancar.

Sekaligus mempercepatkan tugasan yang dilakukan pengguna.

Kini The Verge melaporkan, Microsoft mendakwa muat turun kemas kini Windows 10X serta proses pemasangan fail kemas kini tersebut hanya akan mengambil masa kurang dari 90 saat.

Ia dapat dicapai kerana Microsoft telah membangunkan Windows 10x dari asas. Malah perisian pemacu dan aplikasi untuk Windows 10X keseluruhannya adalah berasingan daripada Windows 10X.

Menjadikan sistem operasi baru itu lebih pantas dari segala aspek.

Bermakna, pengguna tidak lagi perlu menunggu lama proses kemas kini yang perlu dihadapi mereka sepertimana terhadap sistem Windows 10 sekarang ini.

Windos 10X dijangka akan mula ditawarkan menerusi peranti-peranti skrin berkembar dalam tahun ini juga.

Tetapi Microsoft kini menawarkan Windows 10X lebih awal kepada semua pengguna bagi mencuba sistem operasi baru itu menerusi Emulator Windows 10X.

Emulator itu boleh dimuat turun secara percuma terus dari Microsoft Store. Sistem operasi yang menyokong Emulator Windows 10X adalah versi Windows Insider Preview build 10.0.19555 atau terbaru di atas platfom 64bit Windows 10 Pro, Enterprise, atau Education.

Untuk info lanjut layari laman muka Microsoft Developer.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY