Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kemas Kini Windows 10 Menyebabkan Imbasan Windows Defender Dijalankan Dengan Tidak Sempurna

Posted on Mac 23, 2020Mac 24, 2020

Walau bagaimanapun, ia tidak memberi masalah kepada imbasan fail secara ‘offline‘.

Microsoft ada melepaskan kemas kini terbaru untuk ciri pertahanan perisian hasad terbina dalam sistem operasi Windows 10 iaitu terhadap Windows Defender baru-baru ini.

Namun begitu, terdapat laporan daripada ramai pengguna Windows 10 mendakwa kemas kini tersebut telah menyebabkan Windows Defender mereka tidak dapat mengimbas sepenuhnya fail-fail komputer mereka.

Sekaligus menyebabkan mungkin akan ada fail-fail merbahaya yang boleh menjejaskan sistem operasi Windows pengguna.

Kredit: Windows Latest.

Masalah ini dipercayai berlaku kepada versi Windows Defender 4.18.2003 atau terbaru di mana pihak Microsoft cuba menyelesaikan isu lain yang ada pada Windows 10 sebelum ini.

Tetapi ia menimbulkan isu yang lain pula kepada pengguna. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak menjejaskan pengguna Windows 7 dan Windows 8.

Selain itu, pengguna juga memaklumkan masalah ini didapati hanya berlaku apabila imbasan Windows Defender dibuat secara online sahaja. Pengguna melaporkan isu ini tidak timbul jika imbasan Windows Defender dibuat secara offline.

Sumber: Windows Latest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress