Belum tersedia untuk semua pengguna Windows 10.
Microsoft hari ini memaklumkan bahawa kemas kini terbaru Windows 10 iaitu kemas kini May 2020 telah ditawarkan kepada pengguna.
"...today we are pleased to announce that we are starting to make the May 2020 Update available." Microsoft.
Walaubagaimanapun, kemas kini May 2020 ini hanya dihadkan kepada pengguna komputer yang menggunakan versi sistem Windows 10 1903 dan 1909 yang membuat semakan kemas kini bagi komputer mereka menerusi Windows Update sahaja.
Namun begitu, jika anda dapati tiada sebarang kemas kini ditawarkan selepas klik pada butang Check for Updates, itu bermakna Microsoft mengimbas bahawa masih terdapat isu kemas kini yang belum sedia ditawarkan untuk perkakasan komputer anda.
"You may not see Download and install on your device as we are slowly throttling up this availability over the coming weeks, or your device might have a compatibility issue for which a safeguard hold is in place until we are confident that you will have a good update experience." Microsoft
Jadi ini bermakna, belum semua pengguna Windows 10 telah dapat kemas kini terbaru ini. Microsoft menawarkan kemas kini May 2020 ini secara berperingkat kepada pengguna di seluruh dunia.
Kemas kini May 2020 merupakan kemas kini major yang mengandungi beberapa ciri utama terbaru seperti sokongan sistem Linux, tetapan kemas kini bagi capaian internet yang perlahan, paparan Task Manager baru, ciri baru Windows Sandbox dan banyak lagi.
Berkaitan
- Penyelidik Mendakwa Terdapat Kecacatan Keselamatan Kritikal Pada 100 Juta Telefon Pintar Samsung
- Presiden Russia Didapati Masih Menggunakan Sistem Operasi Windows XP
- Cara Mematikan Efek Animasi Windows 10 Sekaligus Menjadikannya Lebih Pantas
- Selepas 39 Tahun, Microsoft Nyah Aktifkan Protokol Ini Dari Dalam Sistem Windows
- Kemas Kini Windows 11 Terbaru Didakwa Punca Aplikasi Pelayar Tergantung
- Celcom Akan Menjalankan Penyelenggaraan Rangkaian Di 9 Lokasi Di Negeri Selangor Bermula 12.10 Pagi Nanti
- Kemas Kini KB4579311 Untuk Pengguna Windows 10
- Microsoft Memaklumkan Mereka Sedang Menyiasat Isu Kemas Kini Windows 10 KB4556799
- Jabra Lancar Elite 10, TWS Premium Dengan Ciri 'Dolby Head Tracking' Berharga RM1,299
- Windows 10 Bakal Hadir Dengan Barisan Rekaan Ikon Baru Bagi Aplikasi-Aplikasi Utamanya