Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jabra Elite 10

Jabra Lancar Elite 10, TWS Premium Dengan Ciri ‘Dolby Head Tracking’ Berharga RM1,299

Diterbitkan September 22, 2023 ยท Dikemas kini September 22, 2023 oleh ariff bukhari

Jabra melancarkan fon telinga premium terbaru iaitu Jabra Elite 10 yang dioptimumkan untuk Dolby Atmos dengan ciri Dolby Head Tracking.

Direkabentuk untuk keselesaan sepanjang hari, ia merupakan fon telinga pertama Jabra yang menyokong Dolby Head Tracking, memberikan pendengar pengalaman baharu yang memastikan mereka sentiasa berada di tengah-tengah pentas bunyi dengan setiap pergerakan kepala.

Apabila tersedia, gabungan Dolby Head Tracking bersama kandungan Dolby Atmos akan meningkatkan lagi kualiti bunyi dengan perincian dan kejelasan terbaik. Jabra Elite 10 juga disertakan dengan Pembatalan Hingar Aktif (ANC) Jabra yang menawarkan sehingga 2x lebih pembatalan bunyi hingar.

25. Jabra Elite 10 Angle5 Gloss Black LB 600px
Jabra Elite 10 bertukar secara automatik kepada ANC dalam persekitaran yang lebih bising, mengurangkan pembatalan bunyi di tempat yang sunyi.
15. Jabra Elite 10 Angle3 Cocoa LB Large RGB
Elite 10 lengkap dengan teknologi panggilan 6 mikrofon untuk panggilan jelas, bateri 6 jam dan menyokong pengecasan tanpa wayar.
20. Jabra Elite 10 Angle4 Cream LB Large RGB
Elite 10 merupakan fon telinga tanpa wayar pertama yang direka menggunakan teknologi Jabra ComfortFit.
10. Jabra Elite 10 Angle1 Titanium Black LB Large RGB
Jabra Elite 10 ditawar dalam varian warna Titanium Black, Gloss Black, Krim dan Cocoa.

Jabra Elite 10 dijual pada harga RM1,299 dengan varian Gloss Black tersedia secara eksklusif di stor rasmi Jabra di Shopee, Lazada, dan Sunway eMall.

Berkaitan

  • (Ulasan) Nothing Ear (Stick) - 'Lipstick' Mahal Untuk T20
  • (Ulasan) Devialet Mania - Bebola 'Bass' Berdengung Dengan Harga Kayangan
  • (Ulasan) Nothing Ear (2) - Audio Seimbang Dalam Dunia Yang Lebih Senyap

Sumber: Siaran media Jabra

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY