Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom (1)

Celcom Akan Menjalankan Penyelenggaraan Rangkaian Di 9 Lokasi Di Negeri Selangor Bermula 12.10 Pagi Nanti

Diterbitkan Julai 4, 2021 oleh ariff bukhari

Celcom hari ini memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan aktiviti penyelenggaran ke atas rangkaian mereka pada 5 Julai 2021

Aktiviti penyelenggaran tersebut melibatkan 9 lokasi di dalam negeri Selangor.

Masa penyelenggaraan pula dijadualkan akan bermula dari jam 12.10 pagi hingga 4.00 pagi.

Berikut adalah lokasi-lokasi yang terlibat dengan aktiviti penyelengaraan rangkaian Celcom serta masa ia bermula dan tamat seperti yang dinyatakan oleh pihak Celcom:-

5 Julai 2021

12:10am – 4:00am:

Selangor – Kapar. Meru, Sungai Buloh, Bestari Jaya, Ijok, Shah Alam, Puchong, Banting, Kg Melayu Subang

Jadi kepada pengguna Celcom, anda mungkin akan alami gangguan rangkaian ketika aktiviti penyenggaraan rangkaian tersebut sedang dijalankan.

Selepas selesai penyenggaraan dijalankan, Celcom menasihatkan para pelanggannya untuk On dan Off mod pesawat (flight mode) pada peranti mereka jika mereka berdepan gangguan rangkaian selepas penyelenggaraan selesai.

Tetapi jika itu tidak membantu, mereka boleh menghidupkan semula (restart) telefon pintar mereka untuk segarkan kembali sambungan rangkaian Celcom di peranti mereka selepas penyelenggaraan tamat.

Sumber: Celcom

Baca juga: Gangguan Perkhidmatan Celcom Di Beberapa Lokasi Di 6 Negeri Berlanjutan Sehingga 4 Julai

Langgan Pelan Celcom Mega Lightning XL, Percuma realme 8 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
©2026 WISER.MY