Kemas Kini Windows 10 2004 Kini Ditawarkan Kepada Lebih Ramai Pengguna

Microsoft telah pun melepaskan kemas kini terbaru Windows 10 2004 sejak awal Jun lalu kepada para pengguna Windows .

Walaubagaimanapun, Microsoft kini lebih berhati-hati dalam menawarkan kemas kini terbaru Windows 10 kepada para pengguna mereka dengan menawarkannya secara berperingkat.

Jadi, pada peringkat awal ia dilepaskan, tidak semua pengguna Windows 10 menerima kemas kini tersebut.

Tetapi kini versi terbaru kemas kini Windows 10 2004 atau juga dikenali sebagai Windows 10 May 2020 Update itu kini sudah ditawarkan kepada lebih ramai penggunanya.

Kapsyen: (Settings > Update & Security > Windows Update).


Windows 10 2004 merupakan kemas kini major yang dilengkapi dengan beberapa ciri baru selain daripada penambah baikan sistem keselamatan dan kestabilan Windows 10.

Antara ciri baru yang dimuatkan adalah seperti pelayar Microsoft Edge, tetapan aplikasi, suhu GPU kini dipaparkan dalam Task Manager, ciri terbaru  DirectX 12 dan banyak lagi.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang kandungan kemas kini Windows 10 2004 ini, layari laman rasmi Microsoft.