Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Windows 10 1903 (KB4515384) Menyebabkan Gangguan Kualiti Audio Permainan Komputer

Kemas Kini Windows 10 1903 (KB4515384) Menyebabkan Gangguan Kualiti Audio Permainan Komputer

Diterbitkan September 16, 2019 oleh ariff bukhari

Microsoft sedang mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah tersebut.

Sebahagian pengguna sistem operasi Windows 10, khusunya pemain tegar permainan komputer mendakwa berdepan dengan isu gangguan kualiti audio apabila mereka bermain sesebuah permainan komputer.

Pengguna mendakwa masalah itu timbul selepas mereka mengemas kini sistem komputer mereka kepada versi Windows 10 1903 (KB4515384). Setakat ini pengguna melaporkan mereka berdepan dengan isu kualiti audia ketika memainkan permainan Overwatch, Apex Legends, WoW Classic dan PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Manakala permainan komputer yang lain pula mengalami masalah audio yang terlalu perlahan walaupun selepas audio dikuatkan.

Susulan daripada rungutan pengguna mereka, pihak Microsoft telah respon dan berusaha mencari penyelesaian bagi memperbetulkan isu tersebut.

“Microsoft has received reports that audio in certain games is quieter or different than expected after installing this update. At the request of some of our audio partners, we implemented a compatibility change that enabled certain games to query support and render multi-channel audio. Due to customer feedback, we are reverting this change as some games and some devices are not rendering multi-channel audio as expected. This may result in games sounding different than customers are used to and may have missing channels.”

Pihak Microsoft telah memberikan panduan kepada pengguna untuk mengatasi isu ini buat sementara waktu ini.

“To mitigate the issue, open settings in the impacted game and disable multi-channel audio, if this option is available. You can also search in the Windows Control Panel for third-party audio device control panels and disable Multi-channel audio or Virtual Surround Sound, if these options are available.

We are working on a resolution and estimate a solution will be available in late September.”

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
©2026 WISER.MY