Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Windows 10 Berang Dengan Kemas Kini Terbaru Dari Microsoft

Kemas Kini Terbaru Windows 10 Menimbulkan Lebih Banyak Masalah Kepada Pengguna

Diterbitkan Februari 4, 2020 · Dikemas kini Februari 4, 2020 oleh ariff bukhari

Pengguna berdepan isu Blue Screen of Death dan lain-lain.

Pengguna Windows 10 baru sahaja menerima kemas kini terbaru dari Microsoft bagi memperbetulkan isu carian menerusi File Explorer.

Kemas kini tersebut dilepaskan hanya selepas lebih 2 bulan pengguna Windwos 10 berdepan dengan isu tersebut.

Ketika melepaskan kemas kini tersebut, pihak Microsoft tidak pula memaklumkan sebarang isu yang mungkin akan dihadapi pengguna jika mereka memasang kemas kini tersebut ke dalam komputer mereka.

Walaubagaimanapun, kini sebahagian pengguna Windows 10 mula mengadukan beberapa isu yang dihadapi mereka selepas memasang kemas kini tersebut.

Pengguna Windows 10 (1903 dan 1909) mendakwa, mereka berdepan isu-su seperti tiada audio, tiada sebarang imej dipaparkan, sambungan tanpa wayar Bluetooth tidak berfungsi, sistem aktif dengan sangat perlahan dan banyak lagi.

Malah lebih teruk lagi ada yang mendakwa mereka berdepan dengan isu Blue Screen of Death (BSOD). Bermakna sistem komputer mereka langsung tergantung sepenuhnya.

Kemas Kini Terbaru Windows 10 Menimbulkan Lebih Banyak Masalah Kepada Pengguna

Jadi, jika anda adalah antara pengguna yang berdepan dengan isu pada Windows 10 selepas memasang kemas kini Windows 10 KB4532695, penyelesaian kepada isu ini adalah membuang kemas kini tersebut dari komputer anda.

Sehingga kini, belum ada sebarang respon dari pihak Microsoft terhadap aduan yang diterima mereka.

Jadi membuang kemas kini itu adalah satu-satunya cara yang dapat menyelesaikan masalah Windows 10 anda buat masa ini.

Sumber: TechRadar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY