Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Melepaskan Kemas Kini Kumulatif KB4517389 Bagi Pengguna Windows 10 v1903

Kemas Kini Terbaru Windows 10 Build 18363.535 Ditawarkan Kepada Pengguna

Diterbitkan Disember 13, 2019 oleh ariff bukhari

Kemas kini terbaru ini memperbetulkan isu “Blue Screen of Death”

Microsoft telah melepaskan kemas kini terbaru kepada pengguna Windows 10 menerusi kemas kini kumulatif KB4530684.

Kemas kini tersebut sekaligus menjadikan versi OS Build Windows 10 kepada 18363.535 bagi pengguna Windows 10 November 2019 Update dan 18362.535 bagi pengguna Windows 10 May 2019 Update.

Kemas kini kumulatif KB4530684 ini secara umumnya adalah bagi menambah baik ciri keselamatan dan memperbetulkan beberapa isu yang dihadapi oleh sebahagian pengguna.

Termasuklah isu Blue Screen of Death (BSOD) apabila pengguna melakukan sesuatu tetapan tertentu pada sistem Windows 10 mereka.

Kemas Kini Terbaru Windows 10 Build 18363.535 Ditawarkan Kepada Pengguna

Kemas kini kumulatif KB4530684 ditawarkan untuk pengguna Windows 10 versi 1903, Windows Server versi 1903, Windows 10 versi 1909 dan Windows Server versi 1909 L.

Pengguna boleh memuat turun fail kemas kini tersebut terus dari komputer mereka menerusi Settings > Update & Security > Windows Update.

Atau memuat turun fail tersebut secara berasingan menerusi laman Microsoft Update Catalog.

Sumber: WinCentral

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY