Berlaku pada sebahagian pengguna Windows 7.
Sehari sebelum menamatkan sokongan terhadap sistem operasi Windows 7, pihak Microsoft telah pun melepaskan kemas kini terakhir kepada pengguna Windows 7 pada 13 Januari 2020 lalu.
Menurut Microsoft, kemas kini KB4534310 untuk Windows 7 itu adalah bagi menyelesaikan pelbagai isu keselamatan pada sistem operasi usang itu. Khususnya bagi memperbetulkan ciri Windows Cryptography, Windows Input and Composition, Windows Management, serta komponen utama sistem Windows 7 yang lain.
Walaubagaimanapun, tidak lama selepas kemas kini tersebut dipasang pengguna, beberapa aduan telah dibuat di laman rasmi komuniti Microsoft yang mendakwa kemas kini tersebut telah menyebabkan masalah pada tetapan 'wallpaper'.
Isu yang sama turut diadukan pengguna di laman Reddit Windows.
Menurut pengguna, tetapan 'wallpaper' pada skrin komputer mereka menjadi warna hitam walaupun tetapan imej dibuat.
Menurut laman Windows Latest, masalah ini mungkin berpunca daripada pelayan Microsoft yang mengimbas komputer yang terjejas tidak menggunakan kunci produk yang sah atau sistem Windows 7 yang tidak diaktifkan.
Tetapi terdapat juga aduan daripada sebahagian kecil pengguna Windows 10 yang berdepan isu sama. Jadi, mungkin masalah ini sebenarnya berpunca daripada pelayan Microsoft sendiri.
Bagi pengguna yang terjejas, cara bagi menangani isu ini adalah mereka terpaksa membuang semula kemas kini KB4534310 tersebut dari sistem Windows 7.
Walaubagaimanapun, ia akan menyebabkan komputer pengguna terdedah kepada eksploitasi ke atas ciri keselamatan Windows 7 yang sudah uzur.
Memandangkan Windows 7 sudah pun ditamatkan sokongannya oleh Microsoft, jadi kemungkinan besar tiada lagi kemas kini akan diterima pengguna Windows 7 bagi memperbetulkan isu ini.
Berkaitan
- 83% Serangan Perisan Hasad Menjadikan Platfom Windows Sasaran Utama Mereka
- 7 Panduan Dari CyberSecurity Malaysia Supaya Pengguna Tidak Tertipu Dengan Penipuan Dalam Talian
- Intel Akui Buat Masa Ini Mereka Tidak Mampu Mengejar Pembangunan Cip Pemprosesan AMD 7nm
- Pengguna iPhone Dah Boleh Kemaskini iOS 15
- Honda Lancar e-Skuter Comel Bersama Aplikasi, Motocompacto Berharga ~RM4,700
- Microsoft Kini Membuang Dan Tidak Menyertakan Sekali Adobe Flash Player Dalam Sistem Windows
- Intel Menawarkan Kemas Kini Grafik Untuk Pengguna Windows 10
- Windows 10 Bakal Hadir Dengan Barisan Rekaan Ikon Baru Bagi Aplikasi-Aplikasi Utamanya
- Kemas Kini WSA Windows 11 Tingkatkan Prestasi Cip AMD Dan Intel Sehingga 50% - Microsoft
- WhatsApp Mendakwa Penurunan Sehingga 70% Penyebaran Berita Tular Di Platfom Mereka