Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Melepaskan Kemas Kini Kumulatif KB4517389 Bagi Pengguna Windows 10 v1903

Kemas Kini Kumulatif Terbaru Windows 10 KB4540673 Dilepaskan Hari Ini

Diterbitkan Mac 11, 2020 · Dikemas kini Mac 11, 2020 oleh ariff bukhari

Untuk pengguna versi Windows 10 1909 dan 1903.

Microsoft pada awal hari ini telah melepaskan kemas kini kumulatif terbaru kepada pengguna versi Windows 10 1909 dan 1903.

Kemas kini KB4540673 itu ditawarkan kepada pengguna Windows 10 versi 1903, Windows Server versi 1903, Windows 10 versi 1909 dan Windows Server versi 1909.

windows cumulative update

Kemas kini terbaru ini sekaligus akan mengubah binaan sistem operasi Windows 10 ini kepada 18362.719 and 18363.719.

Sebanyak 3 isu utama ditekankan dalam kemas kini KB4540673 iaitu menambah baik ciri keselamatan aplikasi pelayar Microsoft Edge dan Internet Explorer, mengemaskini pengesahan nama pengguna dan kata laluan serta menambah baik ciri keselamatan peranti luar seperti alat kawalan permainan, pencetak dan kamera.

Selain itu, Microsoft juga mengemas kini keselamatan ke atas 13 perisian utamanya yang ditawarkan menerusi Windows Malicious Software Removal Tool – March 2020 (KB890830).

Berikut adalah 13 perisan utama Windows yang menerima kemas kini keselamatan bagi bulan Mac 2020:-

  • Microsoft Windows
  • Microsoft Edge (EdgeHTML-based)
  • Microsoft Edge (Chromium-based)
  • ChakraCore
  • Internet Explorer
  • Microsoft Exchange Server
  • Microsoft Office and Microsoft Office Services and Web Apps
  • Azure DevOps
  • Windows Defender
  • Visual Studio
  • Open Source Software
  • Azure
  • Microsoft Dynamics

Kemas kini KB890830 ini telah ditawarkan lebih awal kepada pengguna Windows 7 dan Windows Server 2008.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY