Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keluarga Boram Dilaporkan Membeli Bangunan 5 Tingkat Berharga USD8 Juta Di Gangnam

Keluarga Boram Dilaporkan Membeli Bangunan 5 Tingkat Berharga USD8 Juta Di Gangnam

Diterbitkan Julai 24, 2019 · Dikemas kini Julai 24, 2019 oleh ariff bukhari

Boram adalah bintang YouTube kanak-kanak dari Korea Selatan yang memiliki lebih daripada 30 juta pengikut.

Berdasarkan laporan oleh Maeil Business Newspaper baru-baru ini, keluarga bintang YouTube kanak-kanak, Boram dilaporkan telah membeli bangunan 5 Tingkat seluas 258.3 meter persegi yang berharga lebih daripada USD8 juta.

Mereka dilaporkan telah menjadi pemilik sah bangunan tersebut yang terletak di dalam daerah mewah Gangnam, Korea Selatan sejak April lalu.

Boram merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia 6 tahun. Beliau dan keluarganya menguruskan 2 saluran YouTube iaitu Boram Tube ToysReview dan Boram Tube Vlog.

Menerusi 2 saluran YouTube ini telah menjadikan kanak-kanak ini sebagai salah seorang selebriti Youtube paling popular di dunia. Bagi saluran YouTube  Boram Tube ToysReview, beliau mempunyai jumlah pengikut lebih daripada 13 juta. Manakala saluran Boram Tube Vlog pula memiliki lebih daripada 17 juta pengikut.

Menurut data analitik dari Social Blade, hasil pendapatan terkumpul yang diperolehi Boram dan keluarganya menerusi 2 saluran YouTube itu secara purata adalah sekitar USD3.1 juta sebulan.

https://www.youtube.com/watch?v=Ran55MRteTQ

Sumber: Inquirer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY