Kelajuan Internet Malaysia Berada Di Kedudukan Ke-9 Asia Pasifik

Kelajuan internet negara berada pada tangga ke-9 bagi carta rantau Asia Pasifik. Laporan status internet suku ketiga bagi tahun 2016 itu telah dibuat oleh penyampaian kandungan rangkaian dari Korea, Akamai.

Laporan itu menunjukkan bahawa kelajuan purata global mencapai 6.3Mbps, peningkatan sebanyak 2.3% berbanding suku sebelumnya, peningkatan sebanyak 21% dalam tempoh yang sama tahun lepas.

000718ks2pus9cfupbguts

Korea Selatan sekali lagi mengungguli tangga teratas dengan kelajuan purata sekitar 26.3Mbps sekaligus menjadikan ia tahun kesebelas berturut-turut negara itu menewaskan negara-negara lain di seluruh dunia.

Negara yang terkenal dengan industri hiburan K-POP itu merupakan satu-satunya negara yang mencecah kelajuan purata sehingga 25Mbps, diikuti dengan Hong Kong, 20.1Mbps dan Norway dengan 20Mbps.

000716bw9rmimpfiavi8rb

Sweden, Switzerland, Singapura, Jepun, Finland, Belanda dan Latvia merupakan antara 10 negara yang mempunyai purata kelajuan internet terpantas di dunia.

Malaysia berada pada kedudukan nombor 9 untuk rantau Asia Pasifik dan 63 untuk carta seluruh dunia dengan purata kelajuan internet sekitar 7.5 Mbps.

Sumber: mdroid