Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kejuaraan Dunia Permainan Fortnite Dimenangi Remaja 16 Tahun Dari Amerika Syarikat

Kejuaraan Dunia Permainan Fortnite Dimenangi Remaja 16 Tahun Dari Amerika Syarikat

Diterbitkan Julai 29, 2019 · Dikemas kini Julai 29, 2019 oleh ariff bukhari

Beliau membawa pulang wang kemenangan berjumlah USD3 juta.

Seorang remaja dari Amerika bernama Kyle Giersdorf atau lebih dikenali dengan panggilan “Bugha” telah dinobatkan sebagai pemenang sulung bagi Kejuaraan Dunia Permainan Fortnite hari ini.

Kemenangan dalam pertandingan e-sukan bagi kategori perseorangan itu telah membolehkan beliau yang baru berusia 16 tahun membawa pulang wang kejuaraan berjumlah USD3 juta.

Congratulations @bugha! pic.twitter.com/nchRlL3wUC

— Fortnite Competitive (@FNCompetitive) July 28, 2019

Kemenangan itu juga menutup acara pertandingan yang menawarkan wang ganjaran keseluruhan yang berjumlah USD30 juta.

Pertandingan e-sukan yang dianjurkan oleh Epic Games ini telah disertai lebih daripada 40 juta peserta dari seluruh dunia sejak ia dimulakan  pada sesi kelayakan.

Daripada situ, hanya 50 pasangan bagi kategori berpasangan dan 100 pemain kategori perseorangan telah dipilih bagi ke peringkat seterusnya hinggalah ke peringkat akhir kejuaraan dunia Fortnite pertama yang diadakan di Stadium Arthur Ashe iaitu lokasi liga tennis Amerika diadakan.

Kejuaraan bagi kategori berpasangan pula telah dimenangi oleh pasangan bernama Emil Bergquist Pedersen aka Nyhrox dari Norway dan Austrian David W aka Aqua dari Austrian.

Permainan Fortnite setakat ini mempunyai jumlah pemain lebih daripada 250 juta pemain di seluruh dunia.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY