Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SPS MLBB in JB 2025

Kejohanan Snapdragon Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Akan Tiba Di Johor Bahru

Diterbitkan Disember 9, 2024 oleh Rushsyafizal

Kejohanan Snapdragon Mobile Challenge Finals  Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bakal berlangsung di Johor Bahru pada 14 hingga 16 Februari 2025.

Kejohanan ini menyaksikan 12 pasukan teratas dari Asia Pasifik bersaing untuk merebut mahkota dan sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah USD $150,000 (~RM705,000).

Pertandingan ini akan diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru. Selain daripada pasukan-pasukan jemputan seperti juara bertahan Falcons AP.Bren dari Filipina dan pasukan Malaysia, Selangor Red Giants, kejohanan ini juga memberi peluang kepada pasukan-pasukan dari Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, dan Singapura untuk bersaing.

Screenshot 2024-12-09 121045

Sebelum perlawanan utama, 16 pasukan akan bertanding dalam Peringkat Musim Cabaran, di mana pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke Peringkat Kumpulan Kejohanan. Pasukan yang berjaya dalam peringkat ini akan bertanding di Peringkat Playoff Kejohanan yang akan berlangsung di hadapan penonton.

Kejohanan ini dimulakan dengan Peringkat Kumpulan dari 10 hingga 12 Februari 2025, diikuti oleh Playoffs pada 14 hingga 16 Februari 2025. Pasukan terbaik akan beraksi dalam format eliminasi campuran, dengan perlawanan Akhir Best of 7.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga USD150,000, yang akan dibahagikan kepada pasukan berdasarkan kedudukan mereka. Juara akan membawa pulang USD65,000, sementara pasukan di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memperoleh USD32,000 dan USD17,000.

Tiket Playoffs secara langsung di Johor Bahru akan mula dijual pada 10 Disember 2024, bermula dari RM5 untuk tiket satu hari. Terdapat beberapa pilihan tiket, termasuk tiket 3-hari “Mythic” dan “Legend” yang memberi akses penuh ke acara selama tiga hari, serta peluang untuk bertemu dengan pemain-pemain terkemuka.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir secara langsung, pertandingan ini juga akan disiarkan melalui saluran Facebook dan YouTube rasmi ESL, dengan pelbagai bahasa penyiaran untuk penonton di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Vision Pro Mungkin Akan Sokong Alat Kawalan Sony PSVR2
  • HONOR X9c Smart Mula Dijual Pada 11 Disember Ini - Harga RM1,099
  • FBI Beri Amaran Risiko Bermesej Antara iOS-Android Tanpa Ciri Penyulitan Hujung Ke Hujung
  • HONOR X5b Plus, Telefon Pintar Kelas Permulaan Akan Ditawarkan Di Malaysia

Sumber: Siaran media Snapdragon

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY