Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple RCS

FBI Beri Amaran Risiko Bermesej Antara iOS-Android Tanpa Ciri Penyulitan Hujung Ke Hujung

Diterbitkan Disember 9, 2024 · Dikemas kini Disember 9, 2024 oleh ariff bukhari

FBI dan Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur AS memberi amaran kepada pengguna iPhone yang menghantar mesej kepada peranti Android atau sebaliknya untuk beralih kepada aplikasi pemesejan yang menggunakan penyulitan hujung ke hujung dengan segera.

Amaran itu dikeluarkan ditengah-tengah berlakunya insiden serangan siber besar di mana syarikat telekomunikasi termasuk AT&T, Verizon dan Lumen Technologies didakwa telah digodam oleh China.

Kerajaan AS kini sedang menyiasat insiden itu, dengan pihak berkuasa di sana telah diberikan akses kepada teks peribadi dan perbualan telefon serta metadata mengenai panggilan.

Satu jenis pemesejan mudah alih yang mungkin sangat terdedah semasa serangan itu ialah RCS, protokol yang membolehkan pengguna iPhone dan Android menghantar mesej antara satu sama lain dan tidak disulitkan.

Susulan itu, pengguna di sana disyor menggunakan aplikasi seperti Apple Messages, Facebook Messenger, WhatsApp, Signal dan Telegram yang semua aplikasi itu mempunyai ciri penyulitan hujung ke hujung.

Serangan itu yang merupakan kempen berterusan yang digelar Salt Typhoon telah menjadi subjek pendengaran Senat di negara itu di mana masih tidak jelas sejauh mana serangan itu meluas.

Agensi-agensi keselamatan AS telah bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk meningkatkan keselamatan ketika Salt Typhoon berterusan.

Pegawai FBI juga memberi amaran bahawa pengguna di AS harus “menggunakan telefon bimbit yang secara automatik menerima kemas kini sistem pengendalian tepat pada masanya, penyulitan yang diuruskan secara bertanggungjawab dan MFA tahan pancingan data untuk e-mel, media sosial dan akaun alat kerjasama.”

Berkaitan

  • Apa Itu RCS Dan Kenapa Google Desak Apple Untuk Gunakannya
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Samsung Dan Google Sambut Baik iOS Kini Sokong Mesej RCS

Sumber: CNET, Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY