Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (65)

HONOR X9c Smart Mula Dijual Pada 11 Disember Ini – Harga RM1,099

Diterbitkan Disember 9, 2024 · Dikemas kini Disember 9, 2024 oleh Rushsyafizal

HONOR akan melancarkan HONOR X9c Smart, ‘versi Lite’ kepada HONOR X9c 5G, pada 11 Disember 2024, jam 8 malam. Dengan harga RM1,099, ia menawarkan gabungan ketahanan, prestasi, dan ciri premium pada harga yang mampu milik.

[Social Media] HONOR X9c Smart

Peranti ini hadir dengan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh yang merangkumi anti-jatuhan, kalis air, dan kalis calar. Ia juga menerima pengiktirafan Lima Bintang SGS, menjadikannya pilihan terbaik untuk gaya hidup aktif.

Paparan FHD+ 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman visual yang imersif, manakala kamera utama 108MP memastikan gambar yang diambil jelas dan stabil. HONOR X9c Smart juga dilengkapi 16GB RAM (termasuk 8GB Turbo RAM) dan storan 256GB, sesuai untuk aplikasi berat dan simpanan besar.

Dari segi prestasi, HONOR X9c Smart dilengkapi bateri berkapasiti 5,800mAh yang mampu bertahan sehingga 31.6 jam untuk muzik atau 18.5 jam untuk video dengan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 35W, peranti ini sesuai untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Selain itu, peranti ini juga menawarkan teknologi HONOR Magic AI, termasuk ciri Magic Portal untuk multi tugas, AI Eraser untuk membuang elemen pada foto, dan Magic Capsule untuk pengurusan notifikasi pintar.

HONOR X9c Smart Moonlight White
HONOR X9c Smart_Ocean Cyan

Peranti ini hadir dalam warna Ocean Cyan dan Moonlight White, telefon pintar ini boleh dibeli di HONOR Official Store, Lazada, Shopee, dan pengedar sah seperti Harvey Norman dan Urban Republic.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clm2tzf

Lazada – https://invol.co/clm2tzj

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!
  • 13 Syarikat Konsesi Tol Tidak Setuju Dengan Cadangan Tol Tanpa Palang, Ini Mungkin Sebabnya
  • Apple Dilapor Pertimbang Mac Dengan Sokongan Selular
  • Platform Media Sosial Perlu Tegas Patuh Garis Panduan Had Umur - Fahmi

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY