Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR X5b Plus

HONOR X5b Plus, Telefon Pintar Kelas Permulaan Akan Ditawarkan Di Malaysia

Diterbitkan Disember 9, 2024 oleh Rushsyafizal

Selain HONOR X9c Smart, HONOR turut memperkenalkan satu lagi peranti lebih berpatutan iaitu HONOR X5b Plus, telefon pintar kelas permulaan yang akan mula dijual pada 11 Disember 2024, jam 8 malam, pada harga mampu milik.

[Social Media] HONOR X5b Plus

HONOR X5b Plus dilengkapi 8GB RAM dan storan 128GB, memastikan kelancaran untuk multi tugas dan ruang penyimpanan mencukupi. Direka dengan paparan FullView Display 6.56 inci dan kadar segar semula 90Hz, telefon ini menawarkan pengalaman visual yang lebih imersif dan lancar.

Dikuasakan pemproses MediaTek G36, prestasinya responsif untuk tugasan harian. Kamera berkembar AI 50MP memberikan kualiti gambar yang jelas, manakala bateri 5,200mAh menyokong penggunaan lebih lama, sesuai untuk pengguna aktif.

Dengan Mod Penjimatan Kuasa Ultra, HONOR X5b Plus memastikan ketahanan bateri lebih baik.

Walaupun harga ketersediaannya belum diketahui, peranti bajet ini hadir dalam pilihan warna Ocean Blue dan Midnight Black, rekaannya menawan dan sesuai untuk pengguna moden. Peranti ini boleh didapati di HONOR Stores, Lazada, Shopee, dan pengedar sah di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi HONOR Malaysia dan platform sosial mereka di Facebook dan Instagram mereka.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clm2tzf

Lazada – https://invol.co/clm2tzj

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!
  • 13 Syarikat Konsesi Tol Tidak Setuju Dengan Cadangan Tol Tanpa Palang, Ini Mungkin Sebabnya
  • Platform Media Sosial Perlu Tegas Patuh Garis Panduan Had Umur - Fahmi
  • MCMC Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat Dan Rangkaian Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY