Apple sedang bekerjasama dengan Sony untuk membawa sokongan alat kawalan PSVR2 Sense kepada set kepala Vision Pro, menurut laporan Bloomberg oleh Mark Gurman.
Pelancaran fungsi ini, yang sepatutnya diumumkan beberapa minggu lalu, telah ditangguhkan kerana isu teknikal, termasuk polisi Sony yang hanya menjual alat kawalan tersebut bersama set PSVR2.
Kerjasama Apple dan Sony telah mengusahakan sokongan untuk alat kawalan ini selama beberapa bulan, manakala Apple pula menggalakkan pembangun aplikasi pihak ketiga meneroka penggunaannya pada Vision Pro.
Sokongan ini dijangka meningkatkan reputasi Vision Pro dalam arena gaming. Malah, Apple dilaporkan mempertimbangkan untuk menjual a;at kawalan PSVR2 secara berasingan selepas kerjasama ini dimuktamadkan.
Apple turut melihat potensi alat kawalan PSVR2 dalam memperkasakan penggunaan visionOS. Dengan ketepatan kawalan yang ditawarkan, ia dapat membantu pengguna dalam aplikasi kreatif seperti Final Cut Pro dan Adobe Photoshop.
Buat masa ini, Vision Pro hanya menyokong alat kawalan Bluetooth standard yang kurang tepat dan kurang fungsi. Dengan kehadiran aksesori Sony, pengalaman pengguna dijangka menjadi lebih lancar dan profesional.
Ini menunjukkan komitmen Apple untuk memperluaskan keupayaan Vision Pro, sama ada untuk gaming mahupun kegunaan profesional. Walaupun terdapat kelewatan, Gurman yakin projek ini tidak akan dibatalkan dan pengumuman rasmi dijangka dalam masa terdekat.
Sokongan alat kawalan PSVR2 berpotensi menjadi langkah besar dalam menarik minat pengguna dan membina ekosistem Vision Pro yang lebih kukuh.
{suggest}
Sumber: Bloomberg