Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pubg mobile

Kejohanan PUBG Mobile PMNC Kini Bermula, Hadiah Terkumpul RM100,000 Untuk Dimenangi

Diterbitkan Jun 11, 2020 oleh Meor Hasyim

PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2020 kini telah pun bermula sejak semalam lagi (10 Jun). Kejohanan ini memberi peluang kepada para peserta untuk merebut hadiah terkumpul berjumlah RM100,000.

pubg mobile

Untuk mereka yang berjaya layak ke pusingan Playoff, mereka berpeluang untuk mewakili Malaysia dalam PUBG Mobile Pro League (PMPL) pada musim akan datang.

Kejohanan tahun ini adalah sedikit berbeza dari segi format di mana para pemain boleh memilih untuk menyerta perlawanan sebagai individu, selain dari menjadi sebahagian dalam sesebuah pasukan.

Mereka yang menyertai sebagai individu akan bermain secara solo pada pusingan awal perlawanan namun akan dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan bersama-sama dengan pemain individu lain ketika pusingan kedua.

Dengan format terbaharu ini, pemain yang sukar untuk membentuk pasukan sebelum ini kini turut boleh bermain secara solo. Ia juga boleh mengenal pasti bakat-bakat tersembunyi dan merekrut ahli-ahli baharu.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai
format, jadual dan pendaftaran di laman sesawang rasmi PMNC 2020:
pubgmobile.pmnc2020.com/

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY