Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
avatar lawson

Kedai Serbaneka Ini Ambil Avatar Sebagai ‘Pekerja’

Diterbitkan Disember 6, 2022 oleh Amalina Athman

Rangkaian kedai serbaneka di Jepun, Lawson telah membuka kedai pertama yang dikendalikan oleh avatar pada skrin yang dikawal dari jauh oleh pekerja.

Berkaitan

  • Robot Anjing Rusia Ini Dilengkapi Dengan Teknologi Pelancar Misil
  • Amazon Sudah Mula Menggunakan Robot Untuk Menguruskan Barang

Menurut Japan Times, ia membolehkan mereka yang mempunyai masalah mobiliti diambil bekerja oleh kedai itu. Dinyatakan, avatar bernama Aoi dan Sorato yang merupakan watak anime lelaki dan perempuan telah dibangunkan dengan kerjasama syarikat pembangunan avatar di Jepun, iaitu Avita.

Kedai Serbaneka Ini Ambil Avatar Sebagai ‘Pekerja’

Secara umumnya, avatar berkenaan akan berkomunikasi dengan pelanggan seperti mengesyorkan produk dan sebagainya, melalui monitor yang dipasang berhampiran kaunter pembayaran sendiri dan di lorong produk. Bagaimanapun, avatar tersebut tidak digunakan bagi tujuan pembayaran bil.

Dalam pada itu, Presiden Lawson Sadanobu Takemasu berkata syarikat itu menyasarkan untuk membuka 100 kedai sedemikian menjelang 2025.

Sumber: The Japan Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY