Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kecacatan Sambungan Bluetooth Pada Produk Apple Dan Microsoft Menyebabkan Ia Terdedah Pada Eksploitasi

Kecacatan Sambungan Bluetooth Pada Produk Apple Dan Microsoft Menyebabkan Ia Terdedah Pada Eksploitasi

Diterbitkan Julai 18, 2019 · Dikemas kini Julai 18, 2019 oleh ariff bukhari

Peranti Android tidak berdepan dengan masalah ini.

2 Orang penyelidik dari Universiti Boston mendedahkan bahawa kecacatan pada sambungan Bluetooth yang ada pada peranti-peranti Apple termasuklah iPhone, iPad, MacBook, iMac dan Apple Watch boleh terdedah kepada eksploitasi yang menyebabkan penggunanya diintip oleh pihak lain.

Isu ini juga turut ditemui berlaku pada sistem operasi Windows dan perkakasan Microsoft yang lain.

Penemuan kecacatan tersebut telah dibentangkan oleh penyelidik di Simposium Ke 19 Mempertingkatkan Teknologi Privasi yang berlangsung di Stockholm, Sweden.

Penyelidik menyatakan, peranti Bluetooth yang menggunakan alamat MAC telah menyebabkan secara spesifik peranti tertentu boleh diintip oleh pihak lain.

Kecacatan Sambungan Bluetooth Pada Produk Apple Dan Microsoft Menyebabkan Ia Terdedah Pada Eksploitasi

Berdasarkan kepada kertas kajian yang bertajuk “Tracking Anonymized Bluetooth Devices” menyatakan, algoritma di dalam peranti Bluetooth yang menggunakan alamat MAC terdedah kerana ia adalah terbuka kepada umum, tidak dienkrip. Menyebabkan pihak lain boleh menjejaki peranti-peranti tersebut.

Berbeza dengan sistem operasi Android, penyelidik mendapati sistem tersebut imun kepada masalah ini kerana ia menggunakan metod yang berbeza. Sistem Android tidak mendedahkan sambungan Bluetooth nya secara terbuka. Sebaliknya akan mengimbasnya terlebih dahulu.

Sebelum ini Apple telah berdepan dengan isu kelemahan ciri keselamatan FaceTime yang menyebabkan pemanggil boleh mendengan perbualan seseorang sebelum individu menjawab panggilan FaceTime .

Sumber: ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY