Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kecacatan Pada Satu Aplikasi Di Dalam Komputer Riba Lenovo Boleh Menjejaskan Berjuta Penggunanya

Kecacatan Pada Satu Aplikasi Di Dalam Komputer Riba Lenovo Boleh Menjejaskan Berjuta Penggunanya

Diterbitkan Ogos 27, 2019 oleh ariff bukhari

Kecacatan tersebut boleh menyebabkan penggodam diberikan akses atau menjangkiti komputer riba Lenovo dengan perisian hasad.

Jika anda ada memiliki dan menggunakan model komputer riba Lenovo terdahulu, anda patut lebih berhati-hati. Ini kerana pihak penyelidik keselamatan dari Pen Test Partners telah melaporkan penemuan pepijat yang menyebabkan satu aplikasi lama yang sudah tidak lagi disokong oleh Lenovo didapati boleh menyebabkan penggodam mengakses komputer riba Lenovo atau menjangkitinya dengan perisian hasad.

Secara khususnya, aplikasi yang dimaksudkan di sini adalah Lenovo Solution Centre versi 03.12.003. Aplikasi Lenovo Solution Centre didatangkan bersama komputer riba Lenovo sejak 2011 lalu hinggalah November 2018. Walaubagaimanapun, aplikasi ini sudah pun ditamatkan sepenuhnya sokongan oleh pihak Lenovo sejak April 2019 lalu.

Respon terhadap laporan oleh Pen Test Partners, pihak Lenovo menasihatkan pengguna komputer riba mereka yang masih menggunakan aplikasi tersebut supaya segera membuangnya dari komputer riba mereka .

Pengguna diminta supaya beralih kepada aplikasi Lenovo Vantage atau Lenovo Diagnostics bagi menggantikan Lenovo Solution Centre.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY