Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
al quran apps

KDN Pantau Aplikasi Al-Quran Tiada Kelulusan

Diterbitkan Februari 28, 2024 ยท Dikemas kini Februari 28, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau beberapa aplikasi al-Quran yang berada di pasaran, tetapi tidak mendapat kelulusan atau perakuan.

Berkaitan

  • KDN Keluarkan Amaran, Jangan Pasang Aplikasi Pinjaman Wang Ini
  • KDN Kaji Tempoh Sah Laku Pasport 10 Tahun

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata beberapa aplikasi al-Quran yang dibangunkan oleh syarikat pembangunan aplikasi tempatan tidak mendapat kelulusan dan ada juga yang masih belum membuat permohonan.

Setakat ini, hanya satu aplikasi al-Quran mendapat perakuan KDN, iaitu ‘Smart Quran’ yang dibangunkan dengan kerjasama KDN dan mendapat kelulusan JAKIM serta berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, penerbitan dalam apa jua bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih ayat al-Quran termasuklah aplikasi al-Quran hendaklah mendapatkan perakuan KDN.

Selain itu, syarikat penerbitan al-Quran juga perlu dimiliki sepenuhnya oleh mereka yang beragama Islam.

Nik Yusaimi berkata kawalan ini perlu bagi menjamin kesucian ayat al-Quran yang betul untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia serta mengelakkan ayat dikelirukan sehingga menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY