Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple music pelajar

Apple Naikkan Harga Apple Music Untuk Pelajar Termasuk Di Malaysia

Posted on Mei 23, 2022

Apple dilaporkan telah menaikkan harga langganan pelan Apple Music Student untuk pelajar di beberapa negara.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang pelajar dari Afrika Selatan, yang menerima e-mel dari Apple, memaklumkan harga langganan akan meningkat mulai bulan langganan seterusnya.

Merci pour cette triste nouvelle Apple. pic.twitter.com/zW9lZo5U3d

— Nikhil (@LVDNoff) May 21, 2022

Menurut laporan dari MacRumors, peningkatan harga ini memberi kesan kepada pelanggan pelan Apple Music Student di Australia, Filipina, Singapura, Malaysia, Arab Saudi, New Zealand, India, Afrika Selatan, Indonesia, dan Kenya.

Sebelum ini, Apple menawarkan harga diskaun Apple Music untuk pelajar pada harga RM6.90 sebulan.

Kini, Apple telah menaikkan harga langganan Apple Music Student kepada RM8.90 sebulan.

Sumber: 9to5Mac

Baca juga:

  • Ini Perbandingan Antara Tiga Aplikasi Muzik Terkenal Di Malaysia
  • Apple Mungkin Akan Batalkan Tempahan 30 Juta Unit Paparan iPhone 14
  • Apple Dilapor Mula Menguji iPhone Dengan USB-C Tapi Mungkin Hanya Dijual Di Eropah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress