Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Antivirus Kasperksy Percuma Untuk Semua Pengguna PC Di Seluruh Dunia

Kaspersky Menyatakan Mereka Bukan Punca Masalah Kemas Kini Windows 10 KB4524244

Diterbitkan Februari 19, 2020 oleh ariff bukhari

Microsoft sehingga kini masih belum menawarkan kemas kini keselamatan terbaru pada pengguna Windows 10.

Hampir seminggu yang lalu, pihak Microsoft telah menarik keluar kemas kini keselamatan KB4524244 daripada ditawarkan kepada pengguna Windows 10 versi 1909.

Ia berikutan kemas kini tersebut didapati telah menyebabkan pengguna sistem komputer Windows 10 tersebut berdepan isu sistem tergantung sepenuhnya, isu pemasangan dan isu boot ke dalam sistem Windows.

Kemas kini itu sepatutnya memperbetulkan isu kecacatan dalam sistem keselamatan Windows 10 1909 yang telah lebih dulu ditemui oleh aplikasi Kaspersky Rescue Disk pada Ogos 2019 lalu.

Kaspersky menjelaskan, “Microsoft have updated a special database of revoked UEFI signatures (UEFI Revocation List File) in February 2020. This has been done to prevent attacks against Secure Boot using doctored previous versions of Kaspersky Rescue Disk.”

Berikutan itu, Kaspersky telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada aplikasi mereka itu menjadi punca kepada masalah kemas kini tersebut.

Tetapi selepas siasatan dibuat, mereka mendapati tiada sebarang kaitan isu kemas kini KB4524244 dengan aplikasi Rescue Disk mereka.

Sejak menarik keluar kemas kini tersebut, Microsoft sehingga kini masih belum menawarkan sebarang kemas kini keselamatan terbaru kepada pengguna Windows 10 versi 1909.

Sumber: Softpedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY