Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
uefa euro_4

Kaspersky Beri Amaran Taktik ‘Scam’ Berkaitan UEFA EURO 2024

Diterbitkan Jun 28, 2024 · Dikemas kini Jun 28, 2024 oleh Amalina Athman

Ketika ini, Kejohanan UEFA EURO telah pun bermula dan pastinya jutaan peminat bola sepak tidak mahu ketinggalan untuk menontonnya sama ada di skrin TV atau di stadium.

Walau bagaimanapun, penjenayah siber turut merebut peluang untuk mengeksploitasi salah satu acara paling dinanti-nantikan pada tahun ini.

Pakar Kaspersky telah menemui sejumlah penipuan yang direka untuk mencuri data dan wang pengguna, semuanya menyamar sebagai tawaran berkaitan UEFA 2024.

Berkaitan

  • Tonton UEFA EURO 2024 Dengan CelcomDigi Serendah RM29.99
  • Astro Akan Siarkan Perlawanan UEFA EURO 2024 Dalam Kualiti HD
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Antara taktik yang sering digunakan termasuk penipuan tiket, yang mana sesetengah laman web menyamar dengan menawarkan tiket percuma UEFA 2024. Ia kemudiannya meminta pengguna untuk mengisi borang dengan nama, nombor telefon dan alamat.

uefa euro_

Penonton dalam talian juga tidak terkecuali kerana terdapat platform penstriman palsu yang menawarkan liputan acara eksklusif pada harga rendah. Selain membocorkan butiran pembayaran dan data peribadi, platform ini mungkin mempunyai kelemahan XSS terbina yang membolehkan penyerang mengawal pelayar pengguna.

Lain-lain termasuk penipuan wang kripto, serta penipuan jualan barangan dalam talian.

Berikutan itu, Kaspersky berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan menjadi mangsa scam. Antaranya termasuk sahkan ketulenan, bersikap skeptikal terhadap tawaran yang kelihatan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan dan elakkan berkongsi data peribadi.

Sebagai tambahan, pengguna juga disarankan untuk menggunakan perisian keselamatan serta sentiasa berwaspada tentang taktik penipuan terkini.

Sumber: Siaran Media Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY