Aplikasi ini dibangunkan khas untuk kanak-kanak 6-12 tahun. Sebelum ini ia merupakan aplikasi premium yang berbayar. Jadi dengan penutupan sekolah dan limitasi sumber untuk guru mencari kandungan pembelajaran, ia telah ditawarkan secara percuma.
Dengannya pengguna boleh mengakses kesemua fungsi premium seperti 180 permainan termasuklah teka-teki dan matematik interaktif di dalamnya. Selain permainan, terdapat juga fungsi laporan analisis guru-guru untuk memantau kemajuan murid-murid secara individu atau berkumpulan. Guru juga boleh menggunakan papan pemuka untuk memantau kelas yang banyak pada satu-satu masa.
Tambahan lain, aplikasi ini juga mengandungi algoritma khas yang boleh mengubah tahap kesukaran permainan yang mengikut kepada kemajuan murid. Tersedia dalam 5 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin, Sepanyol, dan Russia, ia boleh didapati melalui tablet dan juga telefon pintar.
Untuk yang berminat, anda boleh ke laman rasmi Zapzapmath untuk mendaftar dan sejurus selepas itu, kandungan premium percuma tersedia terus untuk anda menggunakannya. Segala kandungan adalah percuma untuk digunakan sehingga akhir Julai 2020 ini.
Info Lanjut: Zapzapmath
Berkaitan
- MacBook Pro 16 Inci Kini Punyai Pilihan Grafik Lebih Berkuasa AMD Radeon Pro 5600M
- Telefon HONOR Dijangka Bakal Kembali Dengan Akses Google Tidak Lama Lagi
- Telegram Kini Alami Masalah Untuk Diakses
- Huawei Nova 7i Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Kirin 810, Kuad Kamera Dan Bateri 4200mAh
- Reaksi Awal Black Shark 3 - Peranti Gaming Lengkap Dengan Aksesori
- Poco F2 Pro Pada RM1999, Redmi 9 Berharga RM459 Sempena Jualan Pertengahan Tahun Xiaomi
- OPPO Reno4 SE Kini Ahli Terbaharu Siri Reno4 - Hadir Dengan Dimensity 720 Dan Pengecasan 65W
- Google Pixel 4a Dilancarkan - Snapdragon 730G, RAM 6GB, 3140mAh Dan Kamera 12MP
- Pelan U Mobile GX30/GX38 Kini Hadir Dengan Kelajuan 6Mbps Dan Hotspot 6GB
- Ming-Chi Kuo: Tiada Model iPhone SE Pada Separuh Pertama Tahun Hadapan