Kamera Ini Hanya Menghasilkan Foto Hitam Putih Tetapi Bernilai Seperti Sebuah Kereta

Phase One merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam menghasilkan peralatan serta perisian untuk lapangan fotografi digital.

Baru-baru ini syarikat yang berpengkalan di Denmark itu telah memperkenalkan sebuah kamera dikenali sebagai IQ3 101 MP Achromatic.

Ia merupakan kamera achromatic digital back  pertama di dunia yang mempunyai resolusi 101 megapiksel dan hanya menangkap foto secara Hitam dan Putih.

mounted2-800x405

Apa yang mengejutkan orang ramai adalah spesifikasi serta harga jualan kamera mewah tersebut.

Hanya menghasilkan foto berwarna hitam dan putih sahaja


Harga jualan mencecah $50,000 (~RM217350.00) tanpa lensa


Kamera ini tidak mempunyai penapis warna Bayer (membolehkan lebih cahaya masuk ke sensor) seperti kebanyakkan kamera digital yang terdapat di pasaran.

"Memberi sepenuh tumpuan untuk mengambil foto secara terperinci, nilai luminance (nilai terang sesuatu benda)." ujar Phase One.



mounted1-800x541

Jadi apa yang ada pada IQ3 101 MP Achromatic ini?

  • Sensor CMOS 101 Megapiksel dengan ISO maksimum sebanyak 51,200

  • Tanpa penapis warna Bayer, ia membolehkan lebih cahaya masuk ke sensor dan menghasilkan foto yang terperinci.

  • Direka untuk jurugambar mengambil gambar resolusi tinggi yang dalam genre seperti, seni halus, llandskap, potret, dan senibina.


backdetails-800x527

Antara ciri lain yang turut tampil pada kamera ini adalah;

  • Live View

  • Shutter electronik

  • Exposure selama 60 minit

  • Output HDMI

  • WiFi

  • Integrasi dengan sistem kamera IQ3 XF

  • serasi dengan badan kamera yang lain


Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang hasil tangkapan dari IQ3 Achromatic 101 MP boleh klik pada pautan ini.

Sumber: Phase OnePeta Pixel