Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Ganti Bateri iPhone 6s Secara Percuma

Apple Ganti Bateri iPhone 6s Secara Percuma

Diterbitkan November 21, 2016 · Dikemas kini November 22, 2016 oleh Helmi Samsuri

Hari ini, Apple telah mengeluarkan kenyataan pada laman web syarikat itu bagi rantau Asia yang terdapat sejumlah kecil iPhone 6s mati secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun, syarikat itu meyakinkan bahawa ia tidak membabitkan isu keselamatan dan jumlah unit yang terlibat adalah sedikit. Keluaran yang dikenal pasti mengalami masalah itu adalah dari iPhone 6s pengeluaran bulan September dan Oktober 2015. Apple menjelaskan, kepada pengguna-pengguna yang mengalami masalah tersebut akan menerima bateri gantian secara percuma.

Kepada pemilik unit iPhone 6s yang bermasalah itu boleh ke kedai-kedai pengedar Apple ataupun pusat servis yang disahkan Apple. Di sana, mereka akan memeriksa samaada unit itu termasuk dalam kategori unit yang bermasalah atau tidak.

Minggu lepas, Persatuan Pengguna China menyatakan mereka menerima laporan dari pengguna model 6s yang mana telefon pintar mereka itu mati secara tiba-tiba walaupun kuasa bateri masih banyak. Apple melaporkan masalah bateri mati secara tiba-tiba itu melibatkan unit 6s untuk seluruh dunia dan mereka berjanji akan menggantikan bateri itu secara percuma.

“Apple telah mengenal pasti sejumlah kecil iPhone 6s mengalami masalah mati secara tiba-tiba. Perkara ini bagaimanapun tidak membabitkan isu keselamatan dan hanya melibatkan pengeluaran dari bulan September dan Oktober 2015.” Apple.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
©2026 WISER.MY